Pusingan 4 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2019 bakal dilangsungkan pada 28 hingga 30 Jun ini di Litar Suzuka, Jepun.
Saingan bagi kelas SS600 nampaknya kan lebih berpihak kepada pelumba pasukan Yamaha Thailand Racing Team, Peerapong Boonlert. Selepas mengharungi 3 pusingan setakat ini, beliau yang muncul juara bagi Perlumbaan 1 dan 2, turut mengungguli Perlumbaan 3 untuk mengumpul mata maksimum dengan 150 mata.
Peerapong muncul juara pada Pusingan 1 di Litar Antarabangsa Sepang pada Mac lalu diikuti Pusingan 2 di The Bend Motorsports Park, Australia dan terbaharu pada Pusingan 3 di Litar Antarabangsa Chang Buriram hujung bulan lalu.
Andai dia berjaya meneruskan penguasaannya pada saingan Pusingan 4 di Suzuka nanti, gelaran juara keseluruhan musim ini sudah pasti berada dalam genggamannya walaupun masih ada dua pusingan lagi untuk diharungi sebelum musim 2019 ini melabuhkan tirainya.
Antara yang mampu untuk menghalang Peerapong daripada mengutip mata maksimum di Suzuka nanti dan mengesahkan kejuaraan lebih awal adalah pelumba Indonesia Andi Farid Izdihar (Astra Honda Racing Team) yang kini berada di kedudukan kedua keseluruhan dengan 71 mata.
Selain Andi, Kasma Daniel Kasmayudin (Hong Leong Yamaha Malaysia), Azroy Hakeem Anuar (Muasashi Boon Siew Honda Racing Team), Muhamad Adam Mohd. Norrodin (SIC Junior ZK Racing Team) dan juga Md Ramdan Rosli (ONEXOX TKKR SAG Racing Team), yang kesemuanya menghuni kedudukan lima teratas dalam carta keseluruhan, masih berpeluang untuk menyekat dominasi Peerapong yang sedang berada pada prestasi luar biasa setakat ini.
Situasi ini telah menjadikan persaingan bagi kelas SS600 di Suzukan nanti nyata bakal sengit kerana barisan pelumba yang berada dalam kedudukan lima teratas ini bertekad untuk tidak memberi laluan mudah buat Peerapong di Suzuka nanti.
Bagi pelumba negara, Azroy menyifatkan perjuangan masih belum berakhir kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku ketika berada di atas litar.
Menurut pelumba pasukan Muasashi Boon Siew Honda Racing Team itu, tiada istilah menyerah dalam dirinya kerana persaingan masih terbuka.
“Kami tetap melontarkan cabaran bagi bagi merealisasikan sasaran untuk berada di podium. Pada masa yang sama, prestasi jentera harus berada dalam keadaan terbaik dan stabil kerana ia antara faktor penentu untuk menamatkan setiap perlumbaan dengan penyudah podium.
“Memang tidak dinafikan bahawa jentera Peerapong agak luar biasa ketika saingan di Buriram baru-baru ini, tetapi segala kemungkinan boleh berlaku kerana suasana akan berubah di litar yang berbeza,” jelas Azroy ketika ditemui selepas beraksi pada Kejuaraan Superbike Malaysia 2019 (MSBK) di Sepang baru-baru ini.
Menurutnya, perbezaan mata yang agak jauh antara dia dan Peerapoong disebabkan dia tidak beraksi pada Pusingan 2 di Australia, April lalu kerana jadual perlumbaan bertindih dengan Kejuaraan Moto2 Eropah (CEV) Sepanyol yang turut di sertai Kasma Daniel.
“Keadaan mungkin akan berubah jika saya tidak terlepas beraksi pada saingan Pusingan 2 itu,” jelas Azroy yang turut mendominasi saingan MSBK600 pada saingan MSBK 2019 di Sepang baru-baru ini.
Azroy kini menghuni tangga ketiga keseluruhan bagi kelas SS600 dengan mengumpul 69 mata manakala Kasma menghuni tangga kelima dengan 65 mata.
Seorang lagi pelumba negara, Adam Norrodin berada di kedudukan keempat selepas meraih 69 mata.
Kedudukan keseluruhan kelas SS600 (Lima teratas)
1. Peerapong Boonlert (Yamaha Thailand Racing Team) – 150 mata
2. Andi Farid Izdihar (Astra Honda Racing Team – 71
3. Azroy Hakeem Anuar (Muasashi Boon Siew Honda Racing Team – 69
4. Muhamad Adam Norrodin (SIC Junior ZK Racing Team) – 69
5. Kasma Daniel Kasmayudin (Hong Leong Yamaha Malaysia) - 65
Kedudukan keseluruhan pasukan (Lima teratas)
1. Yamaha Thailand Racing Team – 150 mata
2. SIC Junior ZK Racing Team – 98
3. Hong Leong Yamaha Malaysia – 89
4. Astra Honda Racing Team – 79
5. Muasashi Boon Siew Honda Racing Team – 71
Alami sendiri Moto Guzzi V85TT
Sang Helang kini telah tiba! Moto Guzzi V85TT yang merupakan satu-satunya jentera Enduro Klasik yang hebat diperkatakan kini bersedia untuk melayani kehendak anda. Semua peminat mitosikal adalah dijemput ke sesi ujian Eksklusif Moto Guzzi V85TT seperti berikut: -
Tarikh: 29 Jun 2019
Masa: 8 pagi - 3 petang (Pendaftaran bermula pukul 8 pagi, sesi ujian 1 pada jam 8.30 pagi)
Tempat: Perkhemahan Motor Rimba Valley, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang.
https://maps.app.goo.gl/oPZVHmGqderDGkqY9
Sila klik di sini untuk mendaftar diri anda bagi sesi ujian: -
https://docs.google.com/forms/d/1YfTjLTduFRxs25DEF9cZpHoHixFKx2IVTOe6BNC0lqc/
Jika anda sedang mencari lokasi untuk tunggangan 'sarapan pagi' hujung minggu ini, ini adalah lokasi terbaik untuk dipertimbangkan. Pelbagai hidangan tempatan boleh anda nikmati di tepi sungai dengan pemandangan yang menakjubkan!
Jangan melepaskan peluang untuk menjadi antara yang pertama untuk mengalami menunggang Sang Helang ini! Untuk maklumat lanjut sila hubungi https://wa.me/601123008919
* Tertakluk kepada terma & syarat.

Seiko raikan ulang tahun ke-50 Nissan GT-R dengan model SBGC229
Hanya 200 unit Seiko SBGC229 ditawarkan seluruh dunia.
Barisan perdana atau paling bertaraf tinggi dalam jam tangan Seiko, Grand Seiko (GS), kini menawarkan model jam tangan baharu yang meraikan ulang tahun ke-50 Nissan GT-R. Model SBGC229 ini meraikan sambutan setengah abad pengeluaran Nissan GTR ini dengan pengenalan jam tangan yang sepadan dengan tahap tinggi dan prestasi tinggi supercar Jepun, uang turut menyambut ulang tahun ke-20 teknologi pergerakan Seiko Spring Drive mereka.
Model ulang tahun GT-R 50 adalah model ultramoden GT-R. Ia mempunyai tali kulit buaya putih, lambang ulang tahun GT-R dalam emas kuning 18k ke dalam pemberat berayunnya, bahan dalaman titanium, dan mahkota GS yang dicap.
Jam tangan ini memberikan ketepatan Seiko ± 0.5 saat sehari, rizab kuasa 72 jam, rizab kuasa 4,800 A / m, fungsi GMT, dan fungsi kronograf. Mereka yang berminat dengan jam Grand Seiko x Nissan GT-R 50th Anniversary model SBGC229 ini boleh menempahnya di kedai web Grand Seiko pada harga $ 21,000 USD. Namun begitu anda mungkin harus bertindak pantas kerana terdapat hanya 200 unit yang ditawarkan di seluruh dunia.

Labels:
grand seiko,
jam tangan,
Nissan GT-R,
SBGC229,
seiko,
ulang tahun ke-50
Himpunan VW Beetle sasar pecah rekod Malaysia
Buat pertama kalinya, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) akan menganjurkan perhimpunan "Beetle, An Iconic Gathering". Acara yang mengalu-alukan pemilik Beetle dari semua lapisan masyarakat dalam meraikan kenderaan klasik ini akan diadakan di tempat letak kereta terbuka di Istana Keadilan di Putrajaya pada 13 Julai 2019. Volkswagen akan cuba memecahkan rekod Malaysia semasa himpunan Beetle terbesar berkumpul di satu lokasi semasa acara tersebut, dan VCM menyeru kepada semua pemilik Beetle klasik dan semasa untuk turut serta dalam usaha ini.
Acara meriah ini akan bermula dengan konvoi Beetle Sunshine Tour yang melibatkan lebih 150 kenderaan yang akan melalui pusar bandaraya Kuala Lumpur. Konvoi akan bergerak melalui jalan-jalan Segitiga Emas sebelum meneruskan perjalanan ke Putrajaya di mana mereka akan menyertai kereta Beetle yang lain di Istana Keadilan.
Perhimpunan ikonik ini terbuka kepada semua pemilik Beetle di Malaysia dan peserta yang berminat boleh mendaftar dan kereta mereka di laman web Volkswagen di sini. Penyertaan adalah percuma, dan butiran acara disediakan semasa pendaftaran dalam talian. Semua peserta juga akan menerima sijil penyertaan dari Volkswagen.

MAM kini badan bertanggungjawab sukan bermotor Malaysia
Badan pentadbir lumba kereta dunia iaitu Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA),
telah bersetuju mengiktiraf
Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) untuk mengambil tanggungjawab sebagai pentadbir sukan bermotor di ini.
Perkara ini dusahkan dalam satu kenyataan oleh Setiausaha Agung FIA untuk Sukan Bermotor, Peter Bayer yang bertarikh 18 Jun 2019. Dalam kenyataan tersebut Bayer
berkata FIA telah memutuskan untuk mewakilkan tugas dari Persatuan Automobil
Malaysia (AAM) ke MAM yang kini dipimpin oleh Presidennya Tan Sri Mokhzani Mahathir, menurut
Artikel 5.2 dan 16.3 yang termaktub dalam FIA Statutes.
"Sebarang perkembangan lanjut mengenai perkara ini akan dikemukakan kepada ahli-ahli
Majlis Sukan Bermotor Dunia pada mesyuarat seterusnya dalam bulan Oktober ini, " kata Bayer.
Beliau juga berharap MAM akan mengambil "semua langkah yang perlu untuk melaksanakan amalan yang menggalakkan
kuasa sukan" di Malaysia.
AAM telah dibatalkan pendaftaran oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan pada November tahun lepas setelah gagal mematuhi pelbagai peraturan pentadbiran.
Tan Sri Mokhzani mengalu-alukan pengiktirafan daripada FIA.
"Keutamaan kami adalah untuk memastikan bahawa sukan bermotor di Malaysia akan meneruskan kelangsungannya di
kedua-dua peringkat kebangsaan dan antarabangsa, " kata Tan Sri Mokhzani.
"Adalah penting bahawa sukan bermotor Malaysia mempunyai badan kerja untuk menjalankan kegiatannya dan juga
menyokong pembangunan dan pertumbuhan - termasuk tindakan pengiktirafan yang berkaitan dengan sukan bermotor".
"Kami akan melakukan yang terbaik untuk memastikan bahawa sukan bermotor Malaysia akan mendapat yang terbaik dari kami," tambah Tan Sri Mokhzani.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Setiausaha Agung MAM, Encik Muizz di Malaysia
muizz@mam.org.my.
Subscribe to:
Posts (Atom)