Ia merupakan kemenangan pertama buat Azhar musim ini, sebenarnya hampir terlepas gelaran tersebut apabila dipintas oleh pendahulu kutipan mata keseluruhan, Ahmad Afif Amran (Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing) di lap ke-18, namun Azhar kembali merampas kedudukan gara-gara kesilapan yang dilakukan oleh pesaingnya itu di lap terakhir.
Pelumba pasukan Motul Yamaha YY Pang itu memenangi perlumbaan tersebut dengan catatan masa keseluruhan 17:30.022 saat untuk menghadiahkan kemenangan yang amat bermakna buat pasukan yang disertainya sejak tahun 2007 itu. Azhar kini berada di kedudukan ketiga keseluruhan dengan mengumpul 43 mata.
Afif yang tamat dengan masa 17:30.190s telah menduduki tempat kedua perlumbaan dan kekal mendahului carta keseluruhan dengan 78 mata.
Tempat ketiga berada dalam genggaman pelumba ONEXOX TKKR SAG Team, Fakhrusy Syakirin Rostam dengan masa 17:33.638s.
CP150
Md Azhar Abd Jalil (Motul Yamaha YY Pang Racing) – 17:30.022s
Ahmad Afif Amran (Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing) – 17:30.190s
Fakhrusy Syakirin Rostam (ONEXOX TKKR SAG Racing Team) – 17:33.638s
Tengku Amirul Haffirudin (Motul Yamaha YY Pang Racing) – 17:36.349s
Md Akid Aziz (Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor) – 17:38.608s
No comments:
Post a Comment