Triumph Daytona Moto2™ 765 Edisi Terhad bagai jentera Moto2 jalanan

Triumph Motorcycles telah mengesahkan penawaran edisi Triumph Daytona iaitu motosikal lagenda yang telah berkali ganda menjuarai Kejuaraan Supersport. Motosikal keluaran khas ini akan diperkenalkan  secara rasmi pada acara sidang akhbar khas di GoPro British Grand Prix di Silverstone pada hari Jumaat 23 Ogos 2019 kelak.

• Daytona Moto2™ 765 Edisi Terhad
• Kuasa dan tork yang paling tinggi dari enjin tiga silinder 765cc yang diasaskan kepada jentera Moto2™
• Spesifikasi dan teknologi penunggangan tahap tertinggi
• Casis yang terbukti dengan kejayaan
• jentera rasmi rasmi Moto2™ pertama yang diiktiraf Dorna Sports.SL
• akan dinomborkan secara individu, dengan keluaran hanya 765 buah untuk Eropah dan Asia, dan 765 lagi untuk AS dan Kanada.
Triumph akan melancarkan dua versi Daytona baru yang dinanti-nantikan pada 23 Ogos, satu untuk Eropah dan Asia, dan satu untuk AS dan Kanada. Kedua-duanya akan menampilkan enjin tiga silinder 765cc Moto2™ yang baru di dalam casis yang memfokuskan tunggangan sports kejuaraan yang terbukti. Ia menawarkan kuasa tertinggi dan tork yang mampu dijana oleh enjin bersesaran 765cc, ditambah dengan peralatan spesifikasi tertinggi  yang pernah ada, dan skema cat perlumbaan edisi terhad.

Edisi Terhad Daytona Moto2™ 765 yang baru akan menampilkan spesifikasi tertinggi legenda lumba Inggeris, dan juga perkongsian unik dengan Kejohanan Dunia MotoGP™ FIM.

Kedua dua versi ini menzahirkan peranan Triumph sebagai pembekal enjin eksklusif untuk kelas Moto2™ Kejohanan Dunia MotoGP™ FIM, dan berkongsi beberapa perkembangan utama dari program enjin perlumbaan. Kedua-dua versi model akan ditampilkan pada acara sidang akhbar khas pada hari Jumaat 23 Ogos di Silverstone, di mana spesifikasi lengkap dan butiran lain akan turut didedahkan. Kedua-dua motosikal itu juga akan membuat pusingan persembahan yang hebat pada hujung perlumbaan, yang akan dilancarkan oleh dua bekas juara dunia motosikal.

Edisi terhad Daytona yang baharu ini menawarkan jentera jalanan yang paling hampir spesifikasi dan penampilannya dengan jentera perlumbaan Moto2™ tulen.


1 comment: