Tune Insurance Malaysia Berhad telah melancarkan Pay-As-You-Drive yang merupakan pilihan baharu bagi insurans kereta anda. Ia memberi ganjaran kepada pemilik kenderaan yang mengurangkan pemanduan mereka.
Insentif ini direka dalam usaha untuk menggalakkan pemandu dan pemilik kenderaan untuk mengurangkan pemanduan dan memperbaiki kesesakan trafik, mengurangkan kemalangan jalan raya dan tekanan perasaan pemanduan bandar. PAYD sejajar dengan matlamat kerajaan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya sebanyak 50% pada tahun 2021.
Berdasarkan kajian oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA), yang diumumkan pada tahun 2017 terdapat lebih daripada 28.2 juta kenderaan di jalan raya Malaysia, yang boleh diterjemahkan sebagai 0.88 kenderaan untuk setiap orang di negara ini.
Urbanisasi telah mengakibatkan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya Malaysia yang secara langsung menyumbang kepada pencemaran alam sekitar melalui perlepasan asap pekat dari kenderaan.
Pengenalan PAYD ini menyokong persekitaran yang lebih hijau, membantu mengurangkan tekanan perasaan dalam perjalanan di jalan raya, dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam, seperti LRT dan MRT untuk membantu mengurangkan kesesakan jalan raya.
Khusus direka untuk komuniti pemandu parkir & naik kenderaan awam (park & ride), segmen pemilik 'kereta kedua' serta pemandu urban dan sekitar kejiranan sahaja, PAYD memberi ganjaran kepada pemilik kereta jumlah perbatuan rendah dengan rebat atau bayaran balik sebanyak 20% ke atas premium asas yang dibayar pada akhir tempoh polisi.
Pemilik kereta persendirian yang berumur antara 28-60 tahun dengan kenderaan berusia sehingga 3 tahun dan jumlah yang diinsuranskan antara RM40,000 hingga RM300,000 akan ditawarkan untuk memilih untuk faedah PAYD apabila melanggan insurans Tune Protect Motor. Berikutan sistem tier, pelanggan akan mendapat bayaran balik 20% daripada premium insurans motor mereka jika bacaan perbatuan mereka adalah antara 0-6000km, dan bayaran balik 15% jika perbatuan jatuh di antara 6,001km hingga 8,000km ketika tamat tempoh polisi . PAYD adalah pelan pelengkap yang percuma dan bayaran balik adalah tambahan ke atas diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) kenderaan.
Rantau Lembah Klang, yang juga dikenali sebagai Greater Kuala Lumpur, terdapat peningkatan jumlah pemandu 'parkir & menaiki kenderaan awam' yang meletak kenderaan mereka di pelbagai stesen pengangkutan awam bersepadu untuk perjalanan harian mereka ke tempat kerja. Kesinambungan berasaskan sistem rel lancar yang terbentang dari KL Sentral menjadi hub utama sejauh Sungai Buloh, Kajang, Gemas (Negeri Sembilan), Tanjong Malim (Perak), Gombak, Ampang dan Pelabuhan Klang.
Pemilik kereta kedua yang jarang dipandu serta pemandu bandar dan kejiranan juga akan menikmati faedah daripada PAYD kerana kenderaan mereka didorong dengan berhati-hati, dan mungkin mencatat perbatuan yang lebih rendah setiap tahun.
No comments:
Post a Comment