Pasangan sepasukan PETRONAS Yamaha Sepang, Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli akan ke Grand Prix British hujung minggu ini di Silverstone, litar yang mereka gemari dan percaya akan sesuai dengan Yamaha YZR -M1 mereka.
Quartararo yang menaiki podium terakhir kali di Grand Prix Austria berharap untuk meneruskan rentak tiga podium yang sudah dicapainya dalam musim sulungnya. Quartararo yakin bahawa trek Silverstone yang baru dipulihkan akan membolehkannya menggunakan potensi penuh motosikalnya.
Morbidelli juga mengharapkan hujung minggu yang baik di litar Inggeris ini, untuk mengumpulkan momentum untuk separuh kedua musim ini. Morbidelli yakin litar ini sesuai dengan motosikal dan gaya menunggangnya yang lancar dalam debut MotoGP di sana selepas pembatalan disebabkan oleh hujan lebat tahun lalu.
Latihan untuk Grand Prix British hujung minggu ini bermula pada hari Jumaat 23 Ogos pada jam 0955 masa tempatan (1655 masa Malaysia), dan perlumbaan 20 pusingan yang akan berlangsung pada Ahad 25 Ogos pada 1300 waktu tempatan (2000 waktu Malaysia).
No comments:
Post a Comment