Petron Malaysia dengan kerjasama Honda Malaysia telah menawarkan pemeriksaan kereta 32-perekara percuma bagi pelbagai jenama kereta baru-baru ini. Inisiatif ini telah berjaya menjalankan pemeriksaan bagi lebih 1,100 kereta di empat stesen minyak Petron yang terletak di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Pahang dan Terengganu.
"Kami
dengan sukacitanya menawarkan perkhidmatan ini kepada para pelanggan
kami bersama rakan kongsi, Honda Malaysia, bagi meningkatkan
kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pemeriksaan kenderaan sebelum
mereka memulakan perjalanan di atas jalan raya. Dengan ini, kami
berharap kemalangan jalan raya dapat dikurangkan terutamanya semasa
musim perayaan,” kata Lokman Hani, Ketua Keselamatan,
Sekuriti, Kesihatan dan Alam Sekitar Petron Malaysia.
Petron
telah bekerjasama dengan Honda Malaysia bagi menyediakan perkhidmatan
pemeriksaan kereta secara percuma di stesen minyak Petron
terpilih di negeri-negeri tersebut.
"Keselamatan
merupakan keutamaan kami, dan kami harap dapat meluaskan
lagi perkhidmatan ini kepada lebih banyak pengguna terutamanya buat
mereka yang akan memandu jarak jauh,” tambah Lokman.
Stesen-stesen
yang telah mengambil bahagian dalam kempen empat hari ini, bermula 1
sehingga 4 Ogos 2019, ialah Petron Jalan Tengku Mizan
di Kuala Terengganu, Petron Jalan Tengah di Georgetown, Petron Jalan
Beserah di Kuantan, dan Petron Jalan Sentul di Kuala Lumpur.
Tahun
lepas, Petron telah menjalankan 20 pemeriksaan keselamatan kereta
kepada lebih daripada 3,800 kereta di beberapa stesen Petron,
yang merupakan sebahagian daripada program Petron yang terlama iaitu
keselamatan jalan raya.
No comments:
Post a Comment