Kalendar Cub Prix musim 2019 diumum


Kalendar perlumbaan bagi Kejuaraan Cub Prix AAM MAlaysia PETRONAS musim 2019 telah diumumkan secara rasmi, dengan pengenalan satu venue baharu dan juga kembalinya Litar Sepang ke dalam kalendar Kejuaraan Cub Prix.

Sama seperti musim terdahulu, kejuaraan kebangsaan yang terbuka kepada semua pengeluar (kelas terbuka) akan berlangsung sebanyak 10 pusingan semusim .


Perlumbaan pembukaan musim akan berlangsung di Jasin, Melaka pada 23 dan 24 Mac 2019.

Litar Sepang akan kembali ke dalam kalendar Kejuaraan Cub Prix musim ini sebagai venue penutup tirai musim 2019 pada 7 dan 8 Disember.


Venue seperti di Batu Kawan, Teluk Intan, Kuala Terengganu dan Jempol akan terus berada dalam kalendar kejuaraan musim ini.





Harley-Davidson LiveWire ditampilkan

Sejak mula mengeluarkan motosikal 115 tahun yang lalu, Harley-Davidson kini melancarkan motosikal LiveWire™ di Consumer Electronics Show (CES) di Las Vegas sejak penampilan prototaipnya tahun lepas.

Motosikal LiveWire ialah motosikal elektrik pertama Harley-Davidson dan dijangka dikuasakan motor elektrik yang berprestasi tinggi, dengan reka bentuk evokatif dan sambungan selular kepada penunggang hari ini. Penampilan sulung dalam portfolio baru motosikal yang menyediakan pengalaman dua roda baharu, motosikal LiveWire™ bersama dua lagi motosikal konsep elektrik yang ringan yang ditampilkan di CES merupakan gambaran halatuju masa depan Harley-Davidson, yang meneroka bab baharu dalam mobiliti bandar.
 Spesifikasi LiveWire™ ini termasuklah:
Pecutan hebat: 0 hingga 60 bsj/ 100 kmj di bawah 3.5 saat.
H-D Revelation™ lojikuasa elektrik yang boleh menghasilkan 100 peratus tork yang ada                        Reka bentuk klac tanpa peralihan gear
Kelengkapan H-D™ Connect - alat bantuan penunggangan dan antara muka elektronik
Keupayaan untuk mengembara kira-kira 180 km jalan bandar dengan sekali caj
Direka untuk menghasilkan bunyi Harley-Davidson baharu yang akan mewakili kuasa elektrik lancar dari LiveWire