Petronas Primax 95 Bahan Api Baharu Janji Pengalaman Pelanggan Terbaik

 PETRONAS hari ini melancarkan PETRONAS Primax 95 baharu dengan Pro-Drive yang menjanjikan pemanduan lancar, prestasi enjin responsif dan kecekapan bahan api yang Iebih baik. PETRONAS Primax 95 dengan Pro-Drive ini adalah salah satu komitmen syarikat untuk memberi pelanggan suatu pengalaman yang lebih mudah dan lancar bagi memacu perjalanan mereka.
Bahan api baharu ini menonjolkan "Dual Friction Modifier" pertama di dunia yang membantu mengurangkan geseran sebanyak 20% berbanding single friction modifier, dan ciri ini membolehkan enjin kenderaan untuk bergerak dengan lebih lancar dan responsif. Ia juga mengandungi"Double Detergent" untuk meningkatkan ejen pembersihan bahan api bagi menghapuskan sehingga 99% deposit karbon untuk memastikan kebersihan enjin dan kecekapan bahan api yang lebih baik. Selain itu, sifat kimia anti-kakisan bahan api baharu ini mampu memberi enjin 2X lebih perlindungan untuk prestasi enjin lebih unggul.
Rumusan bahan api baharu adalah hasil daripada fasiliti penyelidikan dan pembangunan PETRONAS bertaraf dunia di Eropah dan Amerika Syarikat, yang telah menyokong Mercedes-AMG PETRONAS Fl untuk mencatatkan rekod World Constructors Championship selama lima tahun berturut-turut pada tahun 2018.
Jurutera kami telah meneruskan rumusan bahan api yang mampu memenuhi teknologi dan keperluan enjin kenderaan semasa daripada suntikan tidak langsung kepada suntikan secara langsung dan hibrid.
Pelancaran bahan api baharu ini dilancarkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Y.B. Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, yang turut disertai oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Dato' Sri Syed Zainal Abidin.

Bercakap pada majlis itu, Y.B. Datuk Seri Saifuddin berkata, "Saya menghargai usaha PDB dalam melabur sumber mereka dan membangunkan penyelesaian baru untuk terus memberikan yang terbaik dan memperkenalkan produk lebih baik di pasaran. Persaingan sihat antara pemain industri akan menguntungkan pelanggan hasil daripada penghasilan produk berkualiti yang dapat memenuhi keperluan mereka."

Mengulas lanjut, Dato' Sri Syed Zainal menyatakan, "Primax 95 baharu dengan Pro-Drive ini adalah hasil maklumbalas daripada siri tinjauan yang kami jalankan. Ujian ini mendapati pelanggan mahukan pemanduan yang lebih lancar, prestasi enjin yang lebih responsif dan bersih dengan kecekapan bahan api yang Iebih balk."

Sebelum pelancaran bahan api baharu ini, dua agensi pihak ketiga, Top Gear dan Paultan.org, telah membuat ujian (blind test) dengan lebih 200 kenderaan jenama popular tempatan dan asing. Keputusan yang diperolehi oleh PDB adalah sangat menggalakkan dan menunjukkan lebih 70% peserta ujian ini menyatakan prestasi bahan api baharu ini lebih balk berbanding bahan api yang terdapat di pasaran sekarang dari segi kelancaran, kepantasan gerakbalas dan kecekapan.

Dato' Sri Syed Zainal turut menambah, "PDB sedang giat mengorak langkah dalam perjalanan transformasi dengan mengambil laluan unik dalam menyampaikan produk dan perkhidmatan yang mampu melancarkan kehidupan harian dan perjalanan pelanggan kami. Kami mengambil pendekatan berfokuskan pelanggan kami dan oleh itu, mereka boleh menjangka penawaran produk yang lebih inovatif dan mempunyai nilai tambah mulai dari sekarang."
Selain bahan api, PDB juga telah memperkenalkan Kedai Mesra terbaru dengan penambahbaikan penawaran produk, termasuk makanan dan minuman untuk melengkapkan produk tanda PETRONAS, MorningsgMesra. Sehingga kini, lebih daripada 100 stesen PETRONAS di Lembah Kiang menyokong perkhidmatan Setel, aplikasi pintar bayaran tanpa tunai pertama di Asia Tenggara yang membolehkan pemandu untuk membeli minyak dari dalam kereta mereka. Di samping itu, PDB juga telah memperkenalkan trak ROVR, perkhidmatan penghantaran bahan api mudah alih yang inovatif, yang akan berada di jalan raya untuk memberikan pelanggan fleet dengan pengalaman baharu pengisian semula minyak.

Oleh kerana perjalanan transformasi PDB adalah satu inisiatif berterusan, is akan terus berinovasi dan mempertingkatkan produk serta perkhidmatan termasuk fasiliti seperti terminal pembayaran, surau dan tandas bertaraf 5-bintang bagi memberi pengalaman yang mudah dan lancar.

Sebagai inisiatif percubaan bahan api baharu ini, bermula 1 sehingga 3 Februari 2019, pemandu akan menerima diskaun RM1 barangan di Kedai Mesra dengan setiap pembelian RM30 PETRONAS Primax 95 baharu dengan Pro-Drive di semua stesen PETRONAS di Malaysia.

Untuk mengetahui makiumat lanjut tentang bahan api baharu ini, sila layari www.mymesra.my.

Sutton CS3500 diperkenalkan Hamawangsa pada harga RM780,888

Hamawangsa hari ini memperkenalkan trak pikap 4WD yang menarik iaitu Monster Sutton CS 3500.Ianya boleh didapati dalam konfigurasi pemanduan sebelah  kanan mahupun kiriLHD dan dipasang sepenuhnya di Malaysia. Sutton CS3500 ini ditawarkan mulai sekarang.
Sutton Monster Truck CS3500 menyediakan imbangan ideal prestasi dan kecekapan bahan bakar. Model Sutton ini mempunyai enjin 3.5 liter V6 turbo berkembar dengan penyejuk-selang (intercooler) suntikan bahanapi dan DOHC 24 injap yang dipadankan dengan penghantaran automatik 10 kelajuan. Ia mampu menghasilkan 450 kuasa kuda dan tork 510 lb ft (691 Nm).
Suspensinya khusus dibina dengan "Fox racing Shox dengan jarak pergerakan 13" depan di bahagian dan 14" untuk bahagian belakang dengan kadar redaman yang berubah-ubah berdasarkan perjalanan roda, bagi menyediakan prestasi luar biasa dan perjalanan yang lancar di jalan raya.
Roda alumunium 17" menampung kenderaan ini dengan tayar 315/70 r17 BF Goodrich All-Terrain T / A KO2. Kerusi hadapan elektrik boleh dilaras pada 8-tahap dengan sokongan lumbar laras, dan bangku belakang boleh dilipat turun dengan pembahagian 60/40. Kerusinya dilengkapi Pemanasan dan Pendingin, dan penumpang hadapan diselesakan dengan penghawa dingin dwi-zon.
Dengan ciri-ciri utama kelas, keselesaan dan keluasan yang luar biasa serta kecekapan bahan api dan reka bentuk moden, tidak hairanlah bahawa Monster Truck Sutton CS3500 dijangka menjadi kegemaran panas rakyat Malaysia. Ia ditawarkan pada harga RM780,888 untuk pendaftaran persendirian di Semenanjung Malaysia dan RM795,058 di Malaysia Timur. Sebutharga ini adalah harga atas jalan tanpa insurans.
Jenama Sutton dibawa masuk dan dipasang di Malaysia oleh NAZAMax Sdn Bhd.