SuperKip sedia hadapi Qatar




Apabila lampu merah terpadam untuk perlumbaan pembukaan musim 2019 pada 6:20 petang waktu Qatar, Khairul Idham Pawi dan PETRONAS Sprinta Racing secara rasmi akan memulakan cabaran Kejohanan Dunia Moto2 2019 mereka bersama-sama.

Khairul Idham Pawi bersedia untuk berlumba pada hujung minggu ini selepas ujian pramusim yang sengit dengan PETRONAS Sprinta Racing, Penunggang Malaysia ini menghadapi cabaran terbesarnya iaitu pusingan pembukaan musim 2019 Grand Prix Qatar yang akan berlangsung Jumaat ini dan kemuncak perlumbaan pada hari Ahad.
 Litar Losail di Qatar mengalu-alukan Khairul Idham Pawi untuk permulaan musim keempatnya di peringkat Grand Prix dan ketiga di Moto2. SuperKip berbekal dua kemenangan, kedua-duanya dalam Moto3 semasa musim 2016 di Argentina dan Jerman. Musim ini dia mengambil langkah seterusnya dalam kerjayanya, untuk bermula di litar yang sudah diujinya  hujung minggu lalu dan mewujudkan rentak perlumbaan yang konsisten untuk hari Ahad ini. 




# 89 Khairul Idham Pawi
"Akhirnya permulaan musim telah tiba, ini adalah masa yang saya tunggu sejak ujian pertama dengan PETRONAS Sprinta Racing pada bulan November.Kami menjalani ujian pramusim yang baik dan kini sudah tiba masanya untuk berlumba. Banyak untuk dibuktikan dan kami mempunyai potensi untuk melakukan yang lebih baik, dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan untuk semua kerja keras dan penambahbaikan yang telah dibuat setakat ini Sekarang sudah tiba masanya untuk beralih ke mod perlumbaan dan terus maju. "