Broc Parkes terpantas di ujian ARRC semalam


Pelumba Australia, Broc Parkes memberi amaran awal untuk mendominasi saingan kategori Asia Superbike 1000cc (ASB1000) yang mula diperkenalkan pada musim ini setelah mencatat masa terpantas sepanjang dua hari sesi ujian pra-musim Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu di Litar Antarabangsa Sepang yang berakhir hari ini.

Pelumba YAMAHA Racing Team ASEAN yang turut beraksi dalam Kejuaraan Endurance Dunia pada tahun ini mencatat masa terpantas 2’06.075s di litar sepanjang 5.5km ini.
 Rakan sepasukan, Yuki Ito mengekori di belakang dengan catatan terbaik 2’06.767s sambil Thitipong Warokorn (KAWASAKI Thailand Racing Team) ketiga dengan masa 2’06.879s.

Azlan Shah Kamaruzaman (ONEXOX TKKR SAG Racing Team) muncul pelumba terbaik Malaysia dengan catatan keempat terpantas, 2’06.950s manakala Md Zaqhwan Zaidi (Honda Asia-Dream Racing With SHOWA) yang masih belum pulih sepenuhnya dari kecederaan tangan mencatat masa terbaik 2’07.107s.

“Tangan saya masih sakit kesan pembedahan akibat kemalangan yang dialami pada musim lepas. Walaubagaimanapun, saya masih gembira dengan prestasi epanjang dua hari sesi ujian pra-musim ini dan berharap tangan saya semakin kuat menjelang sesi latihan bebas pertama pada Jumaat depan,” jelas Zaqhwan.

Sementara itu, saingan kelas SuperSports 600cc melibatkan barisan pelumba muda Asia berlangsung sengit apabila hanya satu saat membezakan kedudukan enam pelumba terpantas.

Peerapong Boonlert (YAMAHA Thailand Racing Team) mencatat masa terpantas 2’11.015s diikuti pelumba Malaysia, Md Helmi Azman (Musashi Boon Siew HONDA Racing) kedua dengan masa 2’11.294s dan rakan senegara, Kasma Daniel Kasmayuddin (Hong Leong Yamaha Malaysia) ketiga, 2’11.551s.

Andi Farid Izdihar (ASTRA Honda Raciing Team) keempat dengan masa 2’11.553s manakala rakan sepasukan Helmi, Azroy Hakeem Anuar kelima dengan masa 2’11.745s. Bekas pelumba Moto3 negara, Muhamad Adam Mohd Norrodin (SIC Junior ZK Racing Team) keenam dengan catatan terbaik 2’11.818s.

Pusingan 1 ARRC akan berlangsung 8 hingga 10 Mac ini dan tiada sebarang bayaran masuk ke tempat duduk utama dikenakan kepada pengunjung.

Alami sendiri kehebatan Mitsubishi Triton hujung minggu ini!

Mahu mengalami keseronokan kelajuan tinggi pemanduan luar jalan, serta menyaksikan sendiri keupayaan terbukti Triton baharu? Rasakan pengalaman Rally Dakar dengan Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, yang membawakan anda acara Mitsubishi 4Sure Thrill dengan juara Dakar Rali dua kali, Hiroshi Masuoka dari Jepun dan Ratu Drift Malaysia, Leona Chin!
Acara ini akan berlangsung pada 9-10 Mac 2019 (Sabtu-Ahad) di Pusat Konvensyen Setia City dari 10 pagi hingga 8 malam. Masuk adalah percuma.
Hiroshi Masuoka dan Leona Chin akan mempamerkan keupayaan Mitsubishi Triton baharu. Triton baharu membawakan empat ciri utama Pengendalian 4Sure: Kuasa 4Sure; Kawalan 4Sure; Ketangkasan 4Sure; Keselamatan 4Sure. Dengan empat ciri utama ini, kenderaan ini terbina untuk menawarkan standard dan prestasi yang tinggi.
Alaminya sendiri pada hujung minggu ini!