Shell Helix HX8 dilancar



Shell Malaysia Trading Sdn Bhd telah melancarkan Shell Helix HX8 baharu, salah satu minyak enjin sintetik sepenuhnya yang premium  bernilai tinggi di Malaysia. 

Menerusi Flexi Molecule Technology, Shell Helix HX8 melindungi enjin menerusi penyesuaian dengan setiap jenis gaya dan keadaan pemanduan. Minyak ini menawarkan kawalan deposit dan kestabilan kelikatan suhu tinggi 58% lebih baik[1], perlindungan hakisan 78% lebih baik dalam keadaan pemanduan berhenti dan bergerak di bandar[2] sertaperlindungan kehausan 40% lebih baik[3].  Hasilnya, pemilik kereta dapat menikmati jangka hayat enjin yang lebih lama dengan penjimatan bahan api yang dipertingkatkan, selang masa penukaran minyak hitam yang lebih panjang dan kos penyelenggaraan yang lebih rendah.

Shell Helix HX8 yang baru boleh didapati dalam dua pilihan kelikatan untuk memenuhi keperluan pasaran Malaysia. Harga runcit yang disyorkan bagi pek 4 liter ialah RM165 (Semenanjung Malaysia) dan RM166 (Sabah dan Sarawak) bagi Shell Helix HX8 Synthetic 5W-40; dan RM180 (Semenanjung Malaysia) dan RM181 (Sabah dan Sarawak) bagi Shell Helix HX8 X 5W-30.

Pengurus Besar Pemasaran Shell Lubricants, May Tan menyatakan keyakinan beliau bahawa rakyat Malaysia akan menghargai kehebatan nilai Shell Helix HX8 yang baharu berbanding jenama lain di pasaran.

“Shell Helix HX8 yang baharu menawarkan prestasi minyak enjin sintetik sepenuhnya yang premium agar para pemilik kereta boleh memberikan produk yang terbaik untuk kereta mereka tanpa kompromi,” beliau berkata.
Sempena meraikan pelancaran, sebanyak 888 pek Shell Helix HX8 yang baharu disediakan percuma untuk para pemilik kereta yang mendaftar secara dalam talian di www.shell.com.my/helix888. Tiada pembelian diperlukan dan pemenang bertuah akan menerima kod promo menerusi SMS.

Selain itu, pembelian Shell Helix HX8 melayakkan pengguna menyertai program kesetiaan Shell Advantage and Rewards (SHARE).
Program ini menawarkan secara percuma minyak enjin Shell percuma untuk pembelian terkumpul dan Shell Helix Engine Warranty (SHEW) percuma untuk kereta berusia bawah 8 tahun dan jarak pemanduan tidak melebihi 150,000 km.

Untuk mendapatkan maklumat tentang Shell Helix HX8 yang baharu, layariwww.shell.com.my/helix atau hubungi Talian Khidmat Pelanggan Shell di 1300 88 1808.

[1] Berbanding spesifikasi API SN dan berasaskan ujian enjin Sequence IIIG
2 Berbanding spesifikasi API SN dan berasaskan ujian enjin Sequence VIII
3 Berasaskan ujian enjin OM646LA dan berbanding spesifikasi ACEA A3/B4

Rozaiman kan tampil dengan aksi terbaik di Batu Kawan

Md Rozaiman Md Said akan tampil dengan aksi terbaik dalam kategori CP150 pada pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Batu Kawan, Pulau Pinang pada 13 dan 14 April ini.
Meskipun  beralih ke pasukan baharu pada saingan musim 2019 ini, pelumba yang akan beraksi di halaman sendiri ini pernah bergelar naib juara keseluruhan CP115 2010. Beliau yakin Cilik RCB Motorsport mampu memberikan cabaran kepada pasukan yang lebih besar dan berpengalaman.
“Sebagai pasukan baharu, saya akui kami mempunyai banyak kekurangan namun dengan pengalaman dan kerja keras seluruh pasukan, saya yakin kuasa jentera kami akan terus meningkat. Malah seluruh pasukan juga senang memberikan kerjasama untuk membantu kami beraksi dengan lebih baik,” jelas Rozaiman yang menamatkan perlumbaan pusingan pembukaan di Jasin, Melaka di kedudukan ke-15.
“Perlumbaan di Jasin sebelum ini, jentera kami mempunyai sedikit masalah dan kami telah mengenalpasti kelemahan tersebut. Selepas melakukan perubahan dan ujian, jentera kami menunjukkan banyak peningkatan dan saya berharap keupayaan jentera akan bertambah baik sewaktu minggu perlumbaan nanti.
“Saya menetapkan untuk layak ke Superpole bagi mencari petak mula yang terbaik. Tahun lalu saya menamatkan saingan di kedudukan ke-15, dan minggu ini saya berharap dapat meraih keputusan membanggakan.”