Azroy tawan Batu Kawan 2019

Azroy Hakeem Anuar raih kemenangan kedua berturut-turut dalam kategori CP150 setelah muncul juara di perlumbaan pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS di Batu Kawan, Pulau Pinang, semalam.
Pelumba Idemitsu Honda Yuzy Racing ini bermula cemerlang untuk melepasi Md Akid Aziz yang memulakan perlumbaan dari petak pertama.
Akid yang kemudiannya cuba untuk mengejar terpaksa menarik diri dari perlumbaan setelah terjatuh seawal pusingan pertama manakala Md Helmi Azman yang ketika itu sedang mendahului perlumbaan mengalami masalah jentera pada pusingan kedua sekaligus membuka ruang selesa buat Azroy untuk terus mendahului perlumbaan.
Juara bertahan, Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing) yang mengekori di belakang mengekori di belakang namun Azroy bijak menutup ruang sekligus muncul pelumba pertama melintasi garisan penamat.
Azroy menamatkan 20 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 17’34.904s diikuti Afif dengan masa 17’35.080s. Pelumba senior, Ahmad Fazrul Sham bangkit menebus kehampaan pusingan pertama apabila melengkapkan kedudukan podium dengan masa 17’45.922s.
“Saya berterima kasih kepada seluruh pasukan kerana bekerja keras untuk membantu saya memenangi perlumbaan minggu ini, begitu juga dengan sokongan keluarga dan penaja,” jelas Azroy yang kini mendahului kedudukan keseluruhan dengan 50 mata.
Tambahnya, “Pada penghujung perlumbaan saya menyedari Afif berada dekat dengan saya jadi saya perlu menutup ruang dan berjaya mempertahankan kedudukan sehingga ke garisan penamat.
Podium di tempat kedua membantu Afif untuk naik ke kedudukan kedua keseluruhan dengan mengumpul 33 mata diikuti Fazrul dengan 27 mata.


CP150
Perlumbaan Akhir
1 Azroy Hakeem Anuar (SGR) Idemitsu Honda Yuzy Racing 17:34.904s
2 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing 17:35.080s
3 Ahmad Fazrul Sham (PRK) AHM Motorsports Yamaha Racing 17:45.922s
4 Md Fitri Ashraff Razali (SGR) Cilik RCB Motorsport 17:46.016s
5 Md Iqbal Amri Abdul Malek (SGR) AHM Motorsports Yamaha Racing 17:47.495s

Kedudukan Keseluruhan
1 Azroy Hakeem Anuar (SGR) Idemitsu Honda Yuzy Racing 50 mata
2 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing 33 mata
3 Ahmad Fazrul Sham (PRK) AHM Motorsports Yamaha Racing 27 mata
4 Md Zaqhwan Zaidi (SGR) Idemitsu Honda Yuzy Racing 25 mata
5 Md Helmi Azman (SGR) Hi Rev SCK Honda Racing 20 mata

Syafiq Rosli hadiahkan podium untuk Yamaha Maju Motor

saingan CP115 menyaksikan Md Syafiq Rosli (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) yang memulakan perlumbaan dari petak pertama berjaya mendominasi 15 pusingan perlumbaan untuk muncul juara dengan masa keseluruhan 13:45.133s.
Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing) yang bermula dari petak kelima muncul naib juara dengan masa keseluruhan 13:45.224s sekaligus meletakkannya selaku pendahulu keseluruhan dengan 40 mata.
Duo Motul Yamaha YY Pang, Md Adib Rosley dan Md Fareez Afeez Abd Rahman menamatkan saingan di kedudukan ketiga dan keempat, masing-masing dengan masa 13:45.823 dan 13:46.258.
CP115
Final
1 Md Syafiq Rosli (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 13:45.133s
2 Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing 13:45.224s
3 Md Adib Rosley (SGR) Motul Yamaha YY Pang Racing 13:45.823
4 Md Fareez Afeez Abd Rahman (JHR) Motul Yamaha YY Pang Racing 13:46.258
5 Md Aiman Azman (KUL) Idemitsu Honda Yuzy Racing 13:52.445s

Standings
1 Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing 40pts
2 Md Fareez Afeez Abd Rahman (JHR) Motul Yamaha YY Pang Racing 38pts
3 Md Syafiq Rosli (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 25pts
4 Md Aiman Azman (KUL) Idemitsu Honda Yuzy Racing 21pts
5 Md Khairi Asyraf Mahmood (JHR) Motul Yamaha YY Pang Racing 19pts

Aliff Danial wira Wira di Batu Kawan

Md Aliff Danial M Asri (PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing muncul juara dengan masa keseluruhan 11:22.864s diikuti Md Sharul Ezwan M Sharil (AFB TECH Racing) kedua, 11:23.957s dan rakan sepasukan Md Aliff, Md Haziq Rosmaza ketiga, 11:25.946s.
Dua podium dalam dua perlumbaan membantu Md Sharul Ezwan M Sharil untuk mendahului kedudukan keseluruhan dengan 36 mata.

WIRA
Perlumbaan Akhir
1 Md Aliff Danial M Asri (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha - 31 Racing 11:22.864s
2 Md Sharul Ezwan M Sharil (SGR) AFB TECH Racing 11:23.957s
3 Md Haziq Rosmaza (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha - 31 Racing 11:25.946s
4 Daniel El Fahim Harris El Hadi (PNG) AFB TECH Racing 11:26.191s
5 Md Adib M Asri (JHR) ELF Koyoko Honda KC Racing Team 11:34.726s

Kedudukan Keseluruhan
1 Md Sharul Ezwan M Sharil (SGR) AFB TECH Racing 36 mata
2 Md Zaki A Zamri (SGR) William #LLRKS CYT Racing 35 mata
3 Md Aliff Danial M Asri (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha - 31 Racing 30 mata
4 Md Adib M Asri (JHR) ELF Koyoko Honda KC Racing Team 24 mata
5 Daniel El Fahim Harris El Hadi (PNG) AFB TECH Racing 23 mata