Md Syafik Rosli tawan CP115 Litar Pontian

Md Syafik Rosli muncul juara pertama CP115 Litar Pontian setelah berjaya mengatasi pelumba lain untuk melintasi garisan penamat dengan catatan masa 9:07.283s.

Syafik yang gagal menamatkan perlumbaan pada Pusingan 1 di Jasin, Melaka awal  tahun ini dan Pusingan 3 di Tangkak, Johor, telah memenangi perlumbaan Pusingan 2 di Batu Kawan, Pulau Pinang.
Hari ini, semuanya berjalan dengan sempurna bagi membolehkan pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor itu bergelar juara buat kali kedua musim ini untuk  membuktikan bahawa dia masih mampu mencabar kejuaraan CP115 musim ini.

Tempat kedua menjadi milik Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing) dengan masa 9:10.755s manakala pelumba pasukan Motul Yamaha YY Pang, Md Khairi Asyraf Mahmood di tempat ketiga dengan catatan masa 9:13.468s.

Kedudukan keseluruhan kelas CP115 kekal diungguli Ahmad Syukran dengan sejumlah 80 mata.

CP115
Md Syafiq Rosli (Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor) 9:07.283s
Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing) – 9:10.758s
Md Khairi Asyraf Mahmood (Motul Yamaha YY Pang Racing) – 9:13.468
Md Alif Ashraf Tahiruddin (Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor) – 9:15.273s
Md Fareez Afeez Abd Rahman (Motul Yamaha YY Pang Racing9:19.549s


Azhar Jalil muncul juara sulung di Pontian

Seperti yang dijangka selepas persembahan baiknya dalam ujian masa semalam, Md Azhar Abd Jalil berjaya menawan litar Pontian, Johor selepas muncul juara kelas CP150 pada aksi Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas hari ini.

Ia merupakan kemenangan pertama buat Azhar musim ini, sebenarnya hampir terlepas gelaran tersebut apabila dipintas oleh pendahulu kutipan mata keseluruhan, Ahmad Afif Amran (Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing) di lap ke-18, namun Azhar kembali merampas kedudukan gara-gara kesilapan yang dilakukan oleh pesaingnya itu di lap terakhir.
Pelumba pasukan Motul Yamaha YY Pang itu memenangi perlumbaan tersebut dengan catatan masa keseluruhan 17:30.022 saat untuk menghadiahkan kemenangan yang amat bermakna buat pasukan yang disertainya sejak tahun 2007 itu. Azhar kini berada di kedudukan ketiga keseluruhan dengan mengumpul 43 mata.

Afif yang tamat dengan masa  17:30.190s telah menduduki tempat kedua perlumbaan dan kekal mendahului carta keseluruhan dengan 78 mata.

Tempat ketiga berada dalam genggaman pelumba ONEXOX TKKR SAG Team, Fakhrusy Syakirin Rostam dengan masa 17:33.638s.


CP150
Md Azhar Abd Jalil (Motul Yamaha YY Pang Racing) – 17:30.022s
Ahmad Afif Amran (Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing) – 17:30.190s
Fakhrusy Syakirin Rostam (ONEXOX TKKR SAG Racing Team) – 17:33.638s
Tengku Amirul Haffirudin (Motul Yamaha YY Pang Racing) – 17:36.349s
Md Akid Aziz (Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor) – 17:38.608s


Pasukan YY Pang ungguli sesi kelayakan CP150 Pontian

Sesi kelayakan kelas CP150 ternyata memihak kepada dua pelumba Selangor, Md Azhar Abd Jalil dan Md Izzat Zaidi Md Salehan yang mengungguli sesi ini di Pontian semalam.

Azhar tampil dengan catatan masa terpantas apabila merekodkan 52.130 saat (s) satu pusingan diikuti rakan sepasukannya dalam Motul Yamaha YY Pang Racing, Md Izzat yang menamatkan sesi kelayakan itu dengan catatan masa 52.328s.
Tempat ketiga terpantas menjadi milik Ahmad Afif Amran (Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing) dengan catatan masa 52.446s.

Afif merupakan pendahulu keseluruhan kelas CP150 ketika ini dengan mengumpul 58 mata.

Bagi Azhar, apa yang mereka buktikan pada sesi kelayakan di Pontian ini membuktikan beberapa perubahan yang telah mereka lakukan sepanjang musim ini sudah mula memperlihatkan hasil.

“Kami sudah mula dapat merasai momentum ini sejak Pusingan 3 lagi di Tangkak sebelum ini dan berharap agar rentak cemerlang ini berterusan sehingga ke perlumbaan sebenar esok.
“Perubahan pada gear serta penggunaan spoket juga nampak stabil selepas kami melakukan ujian di Tangkak. Semaunya nampak lancar hari ini,” jelas Azhar yang kini berada di kedudukan ke-11 keseluruhan dengan 18 mata.

Dia kini bertekad untuk mengekalkan rentak cemerlang itu pada saingan sebenar esok dengan harapan keadaan jentera terus berada pada tahap terbaik.

Pusat Serangan Jantung IJN bersedia 24 jam


Institut Jantung Negara (IJN) telah memperkenalkan Pusat Serangan Jantung 24 jam IJN. Pesakit atau waris kini boleh menghubungi Pusat Jantung IJN untuk bantuan segera dan perkhidmatan ambulan melalui First Ambulance.
Sila kongsikan nombor dan maklumat ini kepada umum dan simpan ia dalam telefon anda serta catatkan di rumah. Serangan jantung boleh berlaku pada sesiapa sahaja tanpa mengira peringlat umur umur. Anda tidaklah boleh mengatskan bahawa ianys terlalu awal untuk memulakan hidup sihat. Pencegahan serangan jantung adalah amat penting dan kritikal, serta harus bermula pada peringkat awal kehidupan. Lakukan apa jua aktiviti yang boleh mengurangkan risiko anda terhadap penyakit jantung.
Pusat Serangan Jantung 24 jam IJN 1-300-88-5111
#ijn #seranganjantung #gayahidupsihat