Afridza Munandar menginggal dunia IATC 2019 Sepang


Afridza Munandar meninggal dunia berikutan insiden ketila perlumbaan Piala Idemitsu Asia Talent di Litar Antarabangsa Sepang petang tadi 2 Nov 2019.

Kejadian itu berlaku di Selekoh 10 pada Lap 1, dan perlumbaan segera dihentikan selepas itu. Pemuda berusia 20 tahun itu yang mendapat rawatan perubatan kecemasan di tepi litar sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur melalui helikopter.

Walaupun usaha terbaik kakitangan perubatan litar dan di hospital, Munandar menghembuslan nafas terakhir berikutan kecederaannya tidak lama kemudian.

Munandar adalah pelumba yang cemerlang dalam musim IATC 2019, dengan dua kemenangan, dua kali tempat kedua dan dua kali tempat ketiga di musim kejuaraan yang bakal berakhir pada hujung minggu ini.

FIM, FIM Asia, Dorna Sports, Honda, Motorev dan semua yang terlibat di Piala Idemitsu Asia Talent menyampaikan ucapan setinggi takziah kepada keluarga dan rakan-rakan Munandar.

Idemitsu Asia Talent Cup menuju perlumbaan akhir 2019 di Sepang

Piala Idemitsu Asia Talent (Idemitsu Asia Talent Cup IATC) musim 2019 ini akan berakhir di Litar Antarabangsa Sepang Ahad ini. Trek Malaysia ini terkenal dengan cabaran teknikal, dan dua perlumbaan yang akan menentukan juara akan menjadikannya yang paling menakjubkan musim ini.

Pendahulu kejuaran yang memimpin ke pusingan terakhir ialah Takuma Matsuyama, yang berada di 169 mata dan 12 mata di hadapan saingan terdekat Sho Nishimura. Bagaimanapun, idi tempat ketiga keseluruhan  ialah Afridza Munandar yang ketinggalan 27 mata di belakang Matusyama. Namun dengan 50 mata masih jadi rebutan, dapatkah kita melihat pelumba  Indonesia membuat kejutan?
Wira tuan rumah Syarifuddin Azman atau Damok telah menduduki podium tiga kali dalam empat perlumbaan, jadi dia tentu akan mengimpikan kemenangan di halaman sendiri.

Seorang lagi pelumba yang mewakili negara ialah juara Honda One Make Challenge 2018 iaitu Idlan Haqimi Raduan. Idlan kini menyertai kejohanan 250 cc di Thailand di bawah payung Boin Siew Honda, dan pengalaman bertanding di IATC ini diharapkan mampu mengasah lagi bakat yang ada pada dirinya.

Perlumbaan 1 untuk IATC melihat lampu keluar pada hari Sabtu 2 November pukul 16.30 waktu tempatan (GMT + 8), sebelum Race 2 pada hari Ahad pada 10:30. Siapakah yang akan memenangi pusingan akhir dan menjulang mahkota 2019?