Pelumba Honda Mohd Helmi Azman telah mencuri perhatian dalam kelas SuperSports 600cc bagi Malaysia Superbike Championship 2019 apabila dia meraih tiga kemenangan daripada empat perlumbaan dalam pusingan akhir kejohanan tersebut yang berlangsung hujung minggu lepas. Penunggang Hi Rev SCK Honda Racing tersebut melonjakkan diri di tangga kejuaraan untuk menutup musim 2019 di tempat keseluruhan kedua dengan 171 mata.
Pendahulu kejuaraan sebelumnya iaitu Azroy Hakeem Anuar telah berhadapan dengan saingan hebat daripada rakan sepasukan Honda Mohd Helmi Azman namun masih dapat menutup tirai musim tahun 2019 ini di tangga teratas dengan 211 mata. Azroy tewas dalam RPerlumbaan 1 dan Perlumbaan 2 kepada Helmi, tetapi berjaya merebut kemenangan dari pesaingnya itu dalam Perlumbaan 3, dan kembali menduduki tempat kedua dalam Perlumbaan 4. Ahmad Afif Amran dari Hong Leong Yamaha Malaysia, tamat ketiga keseluruhan dengan 126 mata.
Kedudukan Keseluruhan Akhir MSBK600 A