Mulai 1 Ogos 2020, pusat khidmat pelanggan
PUSPAKOM akan berkonsepkan satu nombor untuk semua urusan dan pertanyaan berkenaan dengan PUSPAKOM. Justeru itu, perkhidmatan talian bebas tol PUSPAKOM 1800-88-6927 dan MyPUSPAKOM 1800-22-2210 akan digabungkan dan ditukar kepada 03-5101 7000.
Waktu Urusan dan pertanyaan:
Ahad – Jumaat 8.00 pagi – 5.00 petang
Sabtu 8.00 pagi – 1.00 petang
Penukaran nombor baharu ini bertujuan memudahkan pelanggan untuk menghubungi PUSPAKOM melalui satu talian sahaja yang mana sebelum ini
pelanggan perlu menelefon beberapa talian yang berlainan bagi urusan dan pertanyaan tertentu. Ini sejajar dengan inisiatif PUSPAKOM iaitu sentiasa
mempertingkatkan perkhidmatan secara berterusan dari semasa ke semasa demi kemudahan pelanggan.
Urusan dan pertanyaan Pusat Khidmat Pelanggan 03-5101 7000 ini termasuk:
• Temujanji MyPUSPAKOM
• Pemeriksaan kenderaan
• Perkhidmatan bergerak Trak & Van (Lembah Klang)
• Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Insurans Motor
• Lain-lain urusan dan pertanyaan
Selain melalui panggilan telefon 03-5101 7000, PUSPAKOM juga menyediakan komunikasi secara dalam talian (online) sebagai alternatif bagi pelanggan untuk menghubungi pihak PUSPAKOM seperti di bawah:
• Live Chat di www.puspakom.com.my & www.mypuspakom.com.my
• E-mel ke customerservice@puspakom.com.my
Sementara itu, talian bebas tol 1-800-22-2210 & 1-800-88-6927 tidak lagi beroperasi selepas 31 Julai 2020.
Sebarang maklumat terkini berkenaan PUSPAKOM, orang ramai boleh mengikuti Facebook rasmi PUSPAKOM Sdn Bhd atau layari www.puspakom.com.my.
No comments:
Post a Comment