Honda CBR250RR SP Quick Shifter dilancar di Indonesia


Model supersports suku liter Honda yang dinanti nanti peminat motosikal sedunia telah diperkenalkan PT Astra Honda Motor (AHM) di Indonesia. Model Honda CBR250RR SP Quick Shifter kini ditawarkan sebagai motosikal supersport 2-silinder 250cc terbaik di negara jiran itu. Varian perdana Honda CBR250RR ini menggabungan prestasi enjin yang lebih kuat, pengendalian yang lebih tangkas, dan teknologi kelas motosikal lumba MotoGP, iaitu Quick Shifter dan cekam berbantu/ gelincir (Assist / Slipper Clutch).
Honda CBR250RR SP Quick Shifter dibekalkan dengan enjin terbaharu yang menghasilkan kuasa, tork dan kelajuan yang lebih optimum untuk laluan bandar dan litar. Pecutan Honda CBR250RR selepas hentian di lampu isyarat atau garis mula di litar menjanjikan penunggang mampu meninggalkan kesesakan lalu lintas atau lawannya dalam perlumbaan. Model ini mampu memberikan sensasi yang lebih lincah dengan beratnya yang ringan yang digabungkan dengan prestasi tinggi, untuk bergerak di antara lorong-lorong bandar yang sesak dan untuk menakluk selekoh di litar.
Model ini juga menetapkan standard baru dengan pengenalan pengalih gear tangkas atau Quick Shifter untuk pertama kalinya pada motosikal 2-silinder 250cc di Indonesia. Ciri Quick Shifter ini disertai dengan kehadiran cekam Assist / Slipper Clutch menjadikan pengendalian klac yang lebih ringan untuk keselesaan pemanduan pada kelajuan tinggi mahupun rendah. Honda CBR250RR SP Quick Shifter hadir bagi melengkapkan barisan varian yang pernah dipasarkan sebelum ini di Indonesia iaitu Honda CBR250RR ABS dan Honda CBR250RR untuk memberikan pilihan yang lebih banyak bagi pencinta sukan permotoran di negara itu.
 
 
Honda CBR250RR SP Quick Shifter ini dibangunkan berasaskan DNA siri CBR, iaitu Total Control atau Kawalan Sepenuhnya. DNA siri CBR Honda ini menyajikan keseronokan penunggangan dari sebuah motosikal supersport yang mampu memenuhi kehendak penunggang, membelok dengan cepat ke arah yang diinginkan, berhenti dan memecut seperti yang dikehendaki oleh penunggangnya. Kawalan Sepenuhnya atau Total Control ini bercurikan tiga konsep, iaitu prestasi unggul, ciri futuristik dan reka bentuk bentuk pantas yang agresif seperti motor lumba dan dizahirkan pada setiap model CBR bukan hanya pada jenis Honda CBR1000RR-R varian tertinggi tetapi juga dalam siri Honda CBR250RR.
Siri Honda CBR telah membuktikan prestasi yang tinggi dan agresif di pelbagai trek perlumbaan dan sangat diminati oleh peminat sukan permotoran supersport. Varian terbaharu ini adalah salah satu usaha Honda untuk terus menyahut cabaran adrenalin dan sensasi penunggangan yang diinginkan pengguna ketika menunggang sebuah motosikal sports 250cc.
Honda CBR250RR SP Quick Shifter ini merealisasikan impian pencinta motosikal supersport yang mahukan prestasi agresif dan pantas seperti motosikal lumba. Model ini dilancarkan dengan prestasi terbaik dan ciri terlengkap di kelasnya untuk memenuhi harapan pengguna sukan permotoran. Ciri-ciri Quick Shifter disertai dengan kehadiran Assist / Slipper Clutch memberikan pengalaman penuggangan yang tidak dapat dilupakan.
Honda CBR250RR SP Quick Shifter dibekalkan enjin berprestasi terbaik yang dihasilkan Honda iaitu enjin dwi-silinder 250cc 8-injap padat ini dapat menghasilkan kuasa maksimum 30 kW (41 PS) / 13,000 rpm dan tork maksimum hingga 25 Nm (2, 5kgf.m) / 11,000 rpm. Enjin 2-silinder 250cc ini memberikan kelincahan kepada Honda CBR250RR yang mengukuhkan prestasi Total Control. Sebagai motosikal supersport ringan, berat Honda CBR250RR SP Quick Shifter memudahkan penunggang menikmati pengalaman pengendalian yang lebih baik. Motosikal ini hanya mengambil masa 8.65 saat untuk mencapai jarak 200m dan mampu mencapai kelajuan tertinggi hingga 172kmj, meletakkan varian terbaharu Honda CBR sebagai standard prestasi tertinggi dalam kelas dua silinder super sport 250cc.
Tidak cukup hanya perubahan pada enjin, Honda CBR250RR SP Quick Shifter mempersembahkan pelbagai ciri dengan teknologi futuristik terlengkap dalam kelasnya. Pemasangan Quick Shifter pada varian ini mengoptimumkan peralihan gear yang mampu mengurangkan kemungkinan motosikal kehilangan daya pecutan dan mengalihkan gear ke atas tanpa menarik tuas cekam atau clutch, agar penunggang mampu memberikan lebih fokus pada menikmati pengendalian jentera yang akan dilakukan. Ciri ini yang sangat mirip dengan perlumbaan motosikal yang memberikan kepuasan kepada penggunanya seolah olah menunggang motosikal MotoGP. Berkat Quick Shifter ini, penunggang juga dapat menikmati pecutan yang lebih responsif kerana tidak ada sela masa atau kelewatan waktu ketika beralih gear.
Terdapat 4 mod Quick Shifter yang dapat disesuaikan yaitu mod yang mengaktifkan Quick Shifter untuk menaikkan dan menurunkan gear, menaikkan gear sahaja, hanya menurunkan gear dan mod Quick Shifter off. Semua mod Quick Shifter yang disajikan dapat mengikuti keinginan memandu sesuai dengan DNA Total Control yang dibawanya.
Selain Quick Shifter, ciri Assist / Slipper Clutch juga terdapat pada varian Honda CBR250RR SP Quick Shifter. Slipper Clutch berfungsi untuk mengelakkan gelinciran tayar belakang yang disebabkan oleh tampanan enjin semasa penurunan gear yang melampau, agar meningkatkan keselesaan pemanduan. Melalui penggunaan Assist Clutch pula, penunggang dapat merasakan operasi klac yang lebih ringan.
Honda CBR250RR SP Quick Shifter juga menggunapakai sistem kawalan pendikit melalui wayar atau Throttle By Wire yang merupakan penanda aras baharu ketika Honda CBR250RR pertama kali dilancarkan. Throttle By Wire memberikan pecutan lancar dan stabil yang lebih tepat. Untuk memaksimumkan fungsinya, Throttle By Wire dilengkapi dengan pemilih mod menunggang agar penunggang menikmati penunggangan dalam pelbagai keadaan jalan, dari pemanduan secara agresif di litar hingga jalan kota yang sesak.
Dari segi reka bentuk, Honda CBR250RR SP Quick Shifter dikembangkan melalui pemahaman yang mendalam tentang fungsi setiap bahagian, yang menyumbang pada pengendalian motosikal. Model ini mempunyai penampilan yang agresif dan aspek fungsional yang dapat memberikan keseronokan dalam penunggangannya bahkan sebelum motosikal ditunggang, yang digelar tema reka bentuk "Speedy Shape". Selain itu, varian terbaharu Honda CBR250RR hadir dengan logo baru yang disematkan di sebelah kira dan kanan motosikal.
Varian Honda CBR250RR SP Quick Shifter ini hadir dengan jalur baharu dan tersedia dalam warna Bravery Red Black, Honda Racing Red dan Garuda x Samurai Special Edition sebagai pilihan warna khas untuk memperingati Hari Kemerdekaan Indonesia. Varian baharu ini ditawarkan pada harga Rp 76,700,000, iaitu kira kira RM 22,463 - untuk warna Bravery Red Black dan Honda Racing Red. Harga untuk pilihan warna Edisi Khas Garuda x Samurai adalah berbeza dan akan diumumkan kemudian.
 

 

No comments: