KTM 450 RALLY REPLICA versi 2021 kini di Malaysia!

 

 
Ayat READY TO RACE yamg digunapakai KTM nyata dizahirkan dengan sempurna dalam KTM 450 RALLY REPLICA versi 2021. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, model pengeluaran terhad ini telah mendapat komponen berprestasi seperti yang dminta sendiri oleh Toby Price dari Red Bull KTM Factory Racing, Matthias Walkner dan Sam Sunderland. Ia adalah motosikal yang direka untuk unggul dalam perlumbaan merentas desa pelbagai peringkat, untuk memenuhi tuntutan paling sukar dari pelumba rali dan untuk menang.
 
 
Enjim 450cc SOHC suntikan bahanapi yang berprestasi itu digabungkan dalam casis berasaskan perlumbaan dengan rangkaian peralatan yang lebih baik untuk jentera eksklusif ini. Rangkaian peralatan sebagai spesifikasi standard tersebut termasuk gantungan kartrij tertutup WP XACT PRO yang disempurnakan dengan teknologi Cone Valve yang canggih, serta aerodinamik dan ergonomi yang disusun khas untuk pengendalian tanpa henti bagi menyeberangi kawasan yang luas.
 
 
Untuk tahun 2021, KTM telah menaiktaraf pakej enjin dengan kotak gear baru dan mekanisme peralihan gear yang disemak semula. Pengaruh langsung PANKL Racing Systems di dalam KTM Motorsport membolehkan juruteknik meningkatkan lagi kehandalan motosikal, serta memberi manfaat kepada penunggang dengan penyebaran gear yang lebih besar.
 
 
Kebiasaan dan gaya tunggangan tiga pelumba Red Bull KTM Factory Racing - semuanya telah mencuba kejayaan memenangi Dakar Rally dalam setengah dekad terakhir ini- membantu dalam menyelesaikan nisbah gearing. Hasilnya adalah KTM 450 RALLY REPLICA 2021 yang kini dilengkapi dengan nisbah gear yang sama seperti yang disarankan pada mesin juara Dakar Rally.
 
 

No comments: