dilaksanakan bagi membendung penularan Covid-19 dan pada masa yang sama, memastikan keselamatan pelanggan lebuhraya ketika perjalanan pulang dan kembali semula ke ibu kota
sempena perayaan Hari Raya Aidiladha yang akan datang.
“Setelah mengadakan perbincangan bersama pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM), kami
telah membuat keputusan untuk melaksanakan langkah ini demi keselamatan semua pelanggan kami terutamanya bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19. Kami sama sekali tidak boleh berkompromi terhadap keselamatan semua pelanggan dan berharap pelanggan dapat memahami mengapa langkah sedemikian perlu diambil demi keselamatan mereka,” kata Ketua Kecemerlangan Operasi PLUS, Mohd Yusuf Abd Aziz.
Menurut Yusuf, kawasan rehat yang ditutup sementara akibat terlalu sesak tersebut akan
dibuka secepat mungkin setelah pemantauan dan pemeriksaan mendapati ia lebih selesa dan selamat digunakan oleh pelanggan lebuhraya. “Kami memohon kerjasama semua pelanggan supaya merancang perjalanan dan mengelakkan kawasan rehat yang sesak. Mereka juga dinasihatkan supaya menggunakan kemudahan awam seperti tandas dan surau yang turut disediakan di plaza tol sebagai alternatif dan masuk semula ke lebuhraya untuk menyambung perjalanan mereka,” tambah beliau.
Pengumuman tentang penutupan sementara kawasan rehat yang berkaitan akan dipaparkan pada papantanda elektronik yang disediakan di lebuhraya termasuk menerusi Twitter PLUSTrafik, aplikasi PLUS dan lain-lain lagi.
No comments:
Post a Comment