Lebih kurang sebulan selepas penganjuran perlumbaan pembuka musim 2020, pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS bakal bersambung di Litar Tangkak minggu ini.
Seramai 160 pelumba telah mengesahkan penyertaan mereka dalam tujuh kategori perlumbaan. Selepas pusingan pertama, kategori perdana CP150 jatuh ke bawah pimpinan Mohd Helmi Azman dari pasukan Hi Rev SCK Honda Racing manakala empat pelumba pasukan ONEXOX TKKR berjaya menakluki tangga teratas dalam kelas CP125. Sementara itu, pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing mendahului tangga kejuaraan Wira KBS melalui bakat terbaru pasukan, Rahimi Nabil Razu.
Sepertimana yang telah ditetapkan dalam SOP penganjuran sukan tanpa sentuhan, acara Pusingan 2 ini akan berlangsung di dalam litar tertutup dan para peminat daerah selatan dinasihatkan supaya jangan mengunjung ke Litar Tangkak minggu ini. Peminat sukan pemotoran negara disarankan mengikuti perkembangan terbaharu menerusi laman sosial kejuaraan dan siaran langsung di TV1, RTM Sports dan Astro Arena.
No comments:
Post a Comment