Pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS musim 2020 yang bakal dianjurkan di Litar Tangkak pada 22 dan 23 Ogos ini akan memerlukan struktur pelaksanaan yang berbeza berbanding dengan pusingan pembuka tirai di Litar Sepang sebelum ini. Meskipun dijadikan sebagai penanda aras kepada penganjuran kejohanan lain, pihak penganjur Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS tidak leka meningkatkan usaha memperhalusi SOP perlumbaan untuk pusingan seterusnya.
“Kami telah membuat beberapa lawatan serta perbincangan dengan pihak pengurusan Litar Tangkak untuk merangka perancangan terperinci supaya segala SOP asas yang digariskan oleh MKN (Majlis Keselamatan Negara) dipatuhi sepenuhnya,” jelas Ron Hogg, Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd.
Sepertimana perlumbaan
pembukaan di Litar Sepang minggu lalu, pusingan kedua di Litar Tangkak akan
berlangsung tanpa kehadiran penonton.
No comments:
Post a Comment