FIM ASIA ROAD RACING Musim 2020 Dibatalkan
Konvoi Semarak Merdeka Melaka 2020 berlangsung
Kejohanan Superbike Malaysia MSBK 2020 bermula!
Sepang International Circuit (SIC) dan Two Wheels Motor Racing (TWMR) secara bersama mengumumkan permulaan Kejohanan Superbike Malaysia (MSBK) 2020.
Musim 2020 MSBK, yang awalnya dijadualkan berlangsung dalam empat pusingan, kini telah dipendekkan menjadi dua. Perubahan yang berlaku pada kalendar perlumbaan kebangsaan ini adalah kesan dari wabak Covid-19 yang sedang melanda. Walau bagaimanapun, bilangan hari pada
pusingan telah meningkat. Dengan itu, para peserta MSBK boleh menjangkakan untuk bertanding dalam jangka masa sehingga enam perlumbaan bagi kedua dua pusingan yang dijadualkan.
Diadakan seperti biasa di Litar Antarabangsa Sepang, Pusingan 1 akan berlangsung dari 25 hingga 27 September diikuti oleh Pusingan 2 dari 16 hingga 18 Oktober.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata, "Perubahan dalam kalendar perlumbaan MSBK ini disebabkan oleh Wabak Covid-19 yang sedang kita hadapi, namun ini adalah agenda nasional dan kita perlu meneruskan kejuaraan tahun ini. SIC telah bekerjasama dengan Two Wheels Motor Racing Sdn Bhd pada tahun 2019 dengan objektif untuk
meningkatkan lagi perlumbaan MSBK, dan mereka adalah penganjur utama untuk siri perlumbaan dua roda iaitu acara PETRONAS Malaysia Cub Prix dan Asia Road Racing Championship.”
Shafriman menambah, "Meskipun hanya dua pusingan untuk 2020, format lumba telah ditingkatkan untuk menambahkan lebih banyak sensasi dalam persaingan. Objektif kami adalah untuk menyediakan platform untuk pelumba profesional tempatan, untuk memupuk dan mengembangkan bakat pelumba
dan juga pasukan. Oleh itu, usaha mesti terus dilakukan walaupun dalam keadaan semasa yang tidak menentu untuk memastikan semangat berlumba ini berterusan. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Belia & Sukan (KBS) dan semua rakan atas kerjasama dan sokongan diberikan untuk menjadikan kejuaraan sukan permotoran tempatan dapat dilaksanakan ”
Selain perubahan pada kalendar, kedua-dua pihak SIC dan TWMR telah bersetuju untuk meneruskan perkembangan baharu untuk kelas MSBK. Antaranya ialah pengenalan kelas Underbone 150, dan juga pengenalan Dunlop sebagai pembekal tayar rasmi untuk siri ini.
“Kami sangat teruja dengan pengenalan kelas MSBK150. Kategori baru ini akan berlangsung mengikut spesifikasi serupa dengan Asia Road Racing Championship. Yang paling penting, kelas ini terbuka untuk semua pasukan dan pelumba. Titik perbezaan terletak pada kenyataan bahawa kelas CP150 dalam Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS adalah kelas elit yang dikhaskan hanya untuk pasukan teratas dalam Kejuaraan tersebut. Dengan mengadakan kategori MSBK150, kami membuka peluang untuk pasukan dan pelumba yang akan datang untuk menyertai perlumbaan super cubs, " kata Ron Hogg, Pengarah Perlumbaan TWMR.
Pengenalan MSBK150 akan melengkapkan MSBK secara penuh dalam peranannya sebagai sebahagian daripada sistem pembangunan bakat nasional, dengan perlumbaan bermula dari 150cc hingga 250cc hingga 600cc dan akhirnya hingga 1000cc. Akan ada sesuatu untuk setiap pelumba, di setiap peringkat kerjaya mereka.
Ron menambah, “Dunlop, rakan penting dalam menjayakan Kejuaraan FIM Asia Road Racing Championship, akan menjadi pembekal tayar rasmi Kejohanan Superbikes Malaysia. Kami percaya bahawa kepakaran mereka akan membantu pasukan Malaysia dan penunggang meningkatkan standard perlumbaan mereka dengan sangat baik."
“Kami sangat serius dalam mengembangkan sukan lumba motosikal di Malaysia pada umumnya. Beberapa hari yang lalu, Boon Siew Honda menunjukkan komitmen mereka ketika mengumumkan inisiatif yang bertujuan untuk menghidupkan kembali sukan melalui
Program Sokongan Honda Racing. "
Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi Two Wheels Motor Racing Sdn Bhd di Tel: + 603-8733 8787.
#TWMR #boonsiewhonda #HRC #msbk
Akid terpantas di Sepang
Pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, Md. Akid Aziz meneruskan rentak cemerlang apabila muncul pelumba terpantas pada sesi kelayakan kelas CP150 di Litar Sepang Selatan hari ini. Juara Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS 2020itu merekodkan masa 1:15.596 saat (s) sepusingan di litar sepanjang 2.6 kilometer itu.
Prestasi jentera Yamaha yang ditunggangnya semakin stabil, sekali gus bakal memudahkan misinya memburu kemenangan podium kedua musim ini. Pada sebelah paginya, Akid tampil terpantas ketika sesi latihan bebas pertama dengan catatan masa 1:15.587s pada kelajuan 124 kilometer sejam.
Esok, Akid akan memulakan misi dengan sesi Superpole sebelum mengharungi perlumbaan akhir pada sebelah petangnya.
Sesi kelayakan hari ini turut menyaksikan kemaraan pelumba pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing, Mohd. Amirul Ariff Musa yang berjaya menempatkan diri selaku kedua terpantas dengan catatan masa 1:15.824s, ketinggalan 0.228s di belakang Akid.
Terdahulu pada sesi latihan bebas kedua, Amirul muncul pelumba ketiga terpantas dengan masa 1:16.450s.
Rakan sepasukannya, Azroy Hakeen Anuar dilihat lebih berhati-hati pada sesi kelayakan tersebut, namun tetap berpuas hati menghuni kedudukan keempat terpantas dengan masa 1:16.069s.
Azroy yang muncul naib juara di Tangkak minggu lalu, lebih banyak menggunakan sesi latihan bebas kedua sebelum itu untuk menguji pelarasan jenteranya dan dia menamatkan sesi tersebut di kedudukan ke-15 dengan masa 1:17.773s.
Tempat ketiga terpantas pada sesi kelayakan hari ini dilakar oleh pelumba pasukan Team AHM Motorsports Yamaha Racing, Md Khairul Ikhwan Musa dengan catatan masa 1:16.450s.
Juara Pusingan 1, Md Helmi Azman sekadar menghuni kedudukan ketujuh terpantas dengan merekodkan masa 1:16.761s.
2020 PETRONAS MALAYSIAN CUB PRIX CHAMPIONSHIP
Round 3 – CP150 Qualifying Results
1. Mohd Akid Aziz (Yamaha) (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) 1’15.596s
2. Mohd Amirul Ariff Musa (Honda) (Idemitsu Honda Yuzy Racing)
3. Mohd Khairul Ikhwan Ajis (Yamaha) (Team AHM Motorsports Yamaha Racing) 1’16.069s
4. Azroy Hakeem Anuar (Honda) (Idemitsu Honda Yuzy Racing)
5. Mohd Ramdan Rosli (Yamaha) (ONEXOX TKKR SAG Team)
Motosikal LKM mati hingga 36 bulan tak perlu PUSPAKOM
MOTOSIKAL DGN LKM TAMAT sehingga 36 bulan kini tak perlu pemeriksaan khas PUSPAKOM
Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan diberitakan telah memudahkan orang awam untuk memperbaharui Lesen Kenderaan Motor LKM (yang sering digelar 'roadtax') yang telah tamat tempoh bagi motosikal persendirian mereka. Peraturan dahulu yang memerluksn pemeriksaan PUSPAKOM bagi motosikal LKM tamat tempoh melebihi 12 bulan kini dipanjangkan kepada 36 bulan.
Berkuatkuasa 4 Sept 2020