FIM ASIA ROAD RACING Musim 2020 Dibatalkan


Turutan dari kesan pandemik Covid19 sedunia yang menyebabkan sekatan kemasukan sempadan dan prosedur kuarantin yang lebih ketat, banyak pasukan antarabangsa dan penunggang tidak dapat melakukan perjalanan ke tempat penganjuran FIM Asia Road Racing musim 2020.

Atas persetujuan di antara FIM Asia dan pasukan serta para pelumba, penganjur siri tersebut iaitu Two Wheels Motor Racing telah memutuskan untuk membatalkan edisi ARRC 2020. Ini merupakan kali pertama ia dibatalkan dalam sejarah 25 tahun penganjuran kejuaraan tersebut.

Pengarah Two Wheels Motor Racing, 
Ron Hogg berkata, "Kami telah mengkaji semua kemungkinan untuk menyatukan semua orang untuk sekurang-kurangnya beberapa pusingan lagi
untuk memenuhi syarat minimum untuk mengisytiharkan juara 2020. Malangnya, tiada apa-apa petunjuk kemungkinan pembatalan peraturan imigresen terhadap kemasukan pengunjung, maka kami tidak mempunyai pilihan selain membatalkan musim 2020.

Tanpa kemungkinan untuk meneruskan musim ini, ia menjadikan Kejuaraan 2020 dengan rasminya terbatal dan tidak sah, dan tiada juara akan diisytiharkan untuk tahun ini.

Kami merasa kesal dan memohon maaf kepada semua peminat perlumbaan Asia yang telah lama mengharap agar siri yang dijadualkan ini diteruskan. Kami juga memohon maaf secara tulus kepada pihak berkepentingan yang terlibat, terutamanya penaja dan rakan rangkaian kami. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat atas persefahaman dan kerjasama mereka. Sementara itu, yakinlah bahawa Two Wheels Motor Racingakan merancang untuk musim yang hebat pada tahun 2021."

Stephan Carapiet, Presiden, FIM Asia pula berkata
"Pembatalan FIM Asia Road Racing Championship 2020 benar-benar sangat mengecewakan, tetapi kita mesti menerima hakikat bahawa tiap negara yang berlainan mempunyai undang-undang dan cara tersendiri untuk menguatkuasakan kuarantin yang mengambil kira langkah keselamatan untuk kesihatan penduduk secara amnya. Dalam masa sukar begini, saya ingin mengucapkan terima kasih atas semua usaha yang dilakukan oleh
penganjur iaitu Two Wheels Motor Racing. Mari nantikan kemunculan semulanya pada tahun 2021. Sementara itu, saya harap semua orang terus kekal selamat. "

No comments: