Thailand dapat Yamaha WR155

 

Thailand akan menjadi pasaran kedua selepas Indonesis yang melancarkan Yamaha WR155R baharu pada bulan Julai ini. Yamaha Thailand belum membuat pengumuman mengenai jangkaan harga jualan untuk jentera WR155R ini.
Yamaha WR155R 2020 yang baharu telah tiba di Indonesia pada bulan April dengan 2 pilihan warna: Hitam dan Biru, dengan harga tersenarai Rp 36,900,000 (kira-kira RM10,752). 
Dizahirkan untuk bersaing secara langsung dengan nama besar seperti Kawasaki KLX150 atau Honda CRF150L dalam segmen tersebut, Yamaha WR155R 2020 mempunyai penampilan yang cukup bagus dan kemas dengan sisi tajam, ekor kecil dan badan setinggi 245mm. Sejak pelancaran, Yamaha WR155 telah dinilai sebagai salah satu model serba boleh dengan harga yang menarik di pasaran.
Yamaha WR155R direka untuk digunakan terutamanya di trek luar jalan kasar - model motosikal luar jalan sebenar. Ia dilengkapi dengan sistem topang atau fork depan 41mm dengan perjalanan topang yang cukup panjang, membantu mengekalkan kestabilan kenderaan di jalan yang tak sekata. Sementara itu, penyerap kejutan monoshock berspring di bahagian belakang mampu untuk dilaras pra-beban seperti yang dikehendaki oleh penunggang, digabungkan dengan tayar bunga kasar untuk membantu Yamaha WR155R menjadi lebih kuat ketika di luar jalan.
Bila HLYM nak bawa masuk...?