R&R kan ditutup jika terlalu sesak

 Pengendali Lebuhraya Utara-Selatan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup sementara kawasan rehat dan rawat (R&R) dan hentian sebelah yang tertentu sekiranya keadaan didapati terlalu sesak hingga menyukarkan SOP penjarakan sosial

dilaksanakan bagi membendung penularan Covid-19 dan pada masa yang sama, memastikan keselamatan pelanggan lebuhraya ketika perjalanan pulang dan kembali semula ke ibu kota
sempena perayaan Hari Raya Aidiladha yang akan datang.
“Setelah mengadakan perbincangan bersama pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM), kami
telah membuat keputusan untuk melaksanakan langkah ini demi keselamatan semua pelanggan kami terutamanya bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19. Kami sama sekali tidak boleh berkompromi terhadap keselamatan semua pelanggan dan berharap pelanggan dapat memahami mengapa langkah sedemikian perlu diambil demi keselamatan mereka,” kata Ketua Kecemerlangan Operasi PLUS, Mohd Yusuf Abd Aziz.
Menurut Yusuf, kawasan rehat yang ditutup sementara akibat terlalu sesak tersebut akan
dibuka secepat mungkin setelah pemantauan dan pemeriksaan mendapati ia lebih selesa dan selamat digunakan oleh pelanggan lebuhraya. “Kami memohon kerjasama semua pelanggan supaya merancang perjalanan dan mengelakkan kawasan rehat yang sesak. Mereka juga dinasihatkan supaya menggunakan kemudahan awam seperti tandas dan surau yang turut disediakan di plaza tol sebagai alternatif dan masuk semula ke lebuhraya untuk menyambung perjalanan mereka,” tambah beliau.
Pengumuman tentang penutupan sementara kawasan rehat yang berkaitan akan dipaparkan pada papantanda elektronik yang disediakan di lebuhraya termasuk menerusi Twitter PLUSTrafik, aplikasi PLUS dan lain-lain lagi.
PLUS menjangkakan jumlah kenderaan yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan akan
melonjak kepada 1.7 juta kenderaan pada setiap hari puncak bersempena dengan cuti
perayaan Hari Raya Aidiladha ini.

 

Hanya satu nombor untuk semua khidmat PUSPAKOM

 

 Mulai 1 Ogos 2020, pusat khidmat pelanggan

PUSPAKOM akan berkonsepkan satu nombor untuk semua urusan dan pertanyaan berkenaan dengan PUSPAKOM. Justeru itu, perkhidmatan talian bebas tol PUSPAKOM 1800-88-6927 dan MyPUSPAKOM 1800-22-2210 akan digabungkan dan ditukar kepada 03-5101 7000.

Waktu Urusan dan pertanyaan:
Ahad – Jumaat 8.00 pagi – 5.00 petang
Sabtu 8.00 pagi – 1.00 petang
Penukaran nombor baharu ini bertujuan memudahkan pelanggan untuk menghubungi PUSPAKOM melalui satu talian sahaja yang mana sebelum ini
pelanggan perlu menelefon beberapa talian yang berlainan bagi urusan dan pertanyaan tertentu. Ini sejajar dengan inisiatif PUSPAKOM iaitu sentiasa
mempertingkatkan perkhidmatan secara berterusan dari semasa ke semasa demi kemudahan pelanggan.
Urusan dan pertanyaan Pusat Khidmat Pelanggan 03-5101 7000 ini termasuk:
• Temujanji MyPUSPAKOM
• Pemeriksaan kenderaan
• Perkhidmatan bergerak Trak & Van (Lembah Klang)
• Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Insurans Motor
• Lain-lain urusan dan pertanyaan
Selain melalui panggilan telefon 03-5101 7000, PUSPAKOM juga menyediakan komunikasi secara dalam talian (online) sebagai alternatif bagi pelanggan untuk menghubungi pihak PUSPAKOM seperti di bawah:
• E-mel ke customerservice@puspakom.com.my
Sementara itu, talian bebas tol 1-800-22-2210 & 1-800-88-6927 tidak lagi beroperasi selepas 31 Julai 2020.
Sebarang maklumat terkini berkenaan PUSPAKOM, orang ramai boleh mengikuti Facebook rasmi PUSPAKOM Sdn Bhd atau layari www.puspakom.com.my.