BMW M8 Coupé dan BMW M8 Gran Coupé diperkenal

 

BMW Malaysia telah memperkenalkan BMW M8 Coupé dan BMW M8 Gran Coupé. Kedua dua model kenderaan berprestasi tinggi ini merupakan yang baharu dalam portfolio kenderaan mewah milik pengeluar kenderaan premium ini. M8 Coupé berpintu dua manakala Gran Coupé pula mempunyai empat pintu. 
 
BMW M8 Coupé yang sulung menaik taraf famili model BMW 8 Series dari segi prestasi melalui penggunapakaian enjin dengan kuasa tertinggi yang pernah dibangunkan oleh BMW M. BMW M8 Gran Coupé terbaharu juga menampilkan enjin V8 4.4 liter dengan BMW M TwinPower Technology yang didatangkan dengan ruang interior paling luas berbanding coupé BMW M yang lain – ia menggandingkan keselesaan dan prestasi dengan sempurna. 
 BMW M8 Coupé dan BMW M8 Gran Coupé dikuasakan oleh enjin V8 berprestasi tinggi yang diperbaharui dengan teknologi M TwinPower Turbo. Enjin 4.4 liter ini membekalkan 441 kW/600 kk (kuasa kuda). Lantas ia menjadikan unit ini, juga dikenali sebagai S63, enjin BMW M yang paling berkuasa tinggi pernah dihasilkan untuk model produksi. Mampu membuat pecutan 0-100kmj hanya dalam masa 3.3 saat sahaja, enjin V8 berprestasi tinggi ini mampu mencecah kelajuan tertinggi mencecah 250 km/j (dihadkan), puncak tork setinggi 750 Nm pada paras 1,800 – 5,600 rpm. 







 
 #BMW #m8coupé #M8GranCoupe