Harley-Davidson MY21 kini tersedia
Laluan satu lorong PLUS Bidor - Sungkai arah selatan
Walau bagaimanapun, lorong kanan di laluan terbabit masih boleh dilalui oleh semua kenderaan.
Justeru, pelanggan yang menghala ke selatan dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini melalui paparan CCTV yang disediakan. Pelanggan juga boleh mendapatkan bantuan pasukan PLUSRonda dengan menekan butang SOS pada aplikasi tersebut.
Dalam masa yang sama, mereka juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papantanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh kakitangan PLUS ketika melalui kawasan terbabit.
PLUS mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pelanggan lebuh raya sepanjang tempoh penyelenggaraan tersebut. Dengan semangat #KitaJagaKita, kerjasama tersebut berupaya menjadikan perjalanan yang lancar untuk semua pelanggan.
Kuasa Blaze 100 Jadikan Perjalanan Jarak Jauh Lebih Baik
“Saya benar-benar merasakan kekuasaannya dan daya pecutan yang bertambah apabila saya memutar minyak. Tindak balasnya adalah serta merta. Saya hanya perlu 6 saat sahaja untuk bergerak dari 50hph ke 100kph.”
Petron Malaysia pertama kali melancarkan bahan api Blaze 100 pada tahun 2016, pasaran hangat dengan kemunculan bahan api berkuasa tinggi yang baru telah melonjakkan minyak tersebut ke satu tahap yang baru. Blaze 100 adalah pilihan tepat untuk pengguna yang mahukan bahan api yang memberi pengalaman pemanduan berprestasi tinggi yang menarik, terutamanya untuk perjalanan jarak jauh.
Blaze 100 merupakan bahan api berprestasi tinggi RON 100 pertama dan satu-satunya di Malaysia diuji tahap kekuasaannya, kecekapan enjin dan penggunaan bahan api oleh pemandu di Malaysia dengan menggunakan pelbagai jenis kenderaan. Hasil pandu uji menyaksikan Blaze 100 meningkatkan prestasi pemanduan dan merupakan bahan api terbaik untuk perjalanan jarak jauh. Penggunanya melaporkan keupayaan tindak balas yang pantas, diikuti dengan bahan api yang ekonomi dan minyak yang memberikan pemanduan yang lancar untuk perjalanan jarak jauh.
Spetron telah melabur dalam formulasi premium untuk memberikan penambahbaikan dalam perlindungan enjin, penambahan kilometer dan bahan api ekonomi. Dengan formulasi unggul TriAction Advantage, gabungan detergen sintetik penuh, bahan penambah baik pembakaran organik dan bahan pengubahsuai geseran, proses pembakaran bahan api kini bertindak lebih efisyen, sekaligus meningkatkan responsif enjin dan kebersihan serta menggalakkan penjimatan minyak, seperti yang dilaporkan oleh pemandu penguji.
Daniel Chin Wei Xiong telah menguji Petron Blaze 100 menggunakan kereta Nissan GT-R miliknya.“Ia lebih berkuasa kerana ia memberi daya pecutan yang lebih baik. Enjin saya bertindak lebih responsif dengan RON 100 dan kebolehan memecut yang lebih pantas. Anda boleh merasai perbezaannya apabila melakukan pemintasan,” katanya.
Pemilik Volkswagen Golf, Lim Jae Sam bersetuju, “Bahan api ini memberikan saya peningkatan kuasa dan daya pecutan yang responsif.”
Penunggang motorsikal Tan Meng Keat (gambar atad seksli) yang mengisi motor Yamaha MT-09 menggunakan Blaze 100 berkata, “Saya benar-benar merasakan kekuasaannya dan daya pecutan yang bertambah apabila saya memutar minyak. Tindak balasnya adalah serta merta. Saya hanya perlu 6 saat sahaja untuk bergerak dari 50hph ke 100kph.” Tan berkata bahawa motorsikalnya menghasilkan bunyi yang lebih lembut serta kurang getaran dan penyalaan yang mudah.
Pelanggan juga turut menguji kenderaan mereka di lebuh raya untuk menguji kadar penggunaan bahan api. Maklum balas yang diterima adalah sebulat suara setuju - Blaze 100 adalah bahan api yang efisien.
“Penggunaan bahan api saya kini telah berkurangan 15 peratus berbanding bahan api lain. Ia adalah lebih baik dengan Petron Blaze 100, saya percaya bahan api ini mampu memberikan perbezaan kepada kos pemanduan saya dalam jangka masa panjang. Ianya sangat berbaloi,” kata Lim yang menguji bahan api ini dengan Volkswagen miliknya.
Pemilik Nissan, Daniel berkata, “Ia memberikan saya lebih kilometer berbanding RON97 yang saya selalu gunakan sebelum ini. Satu tangki penuh boleh membawa saya sejauh 350km dan bertahan selama satu hingga dua minggu. Saya percaya Petron Blaze 100 akan memberikan nilai penjimatan yang lebih baik untuk jangka masa panjang kerana ia juga memberi perlindungan enjin yang lebih.” Enjin Nissan GT-R juga ‘lebih lembut dan agak senyap’ apabila menggunakan Petron Blaze 100, tambah Daniel.
Choong Kum Choy, Ketua Dagangan Runcit dan Perniagaan Komersial Petron Malaysia berkata, “Kami sentiasa komited untuk memberikan produk inovatif yang luar biasa, produk yang mampu memberikan pengalaman pelanggan yang terbaik. Produk Blaze 100 kami merupakan produk tersebut. Dengan permintaan yang lebih tinggi untuk minyak Blaze 100, kami telah memperkenalkan Blaze 100 di lebih 100 stesen pada hari ini. Ini adalah untuk memastikan lebih ramai pengguna mendapat peluang untuk menikmati kehebatan bahan api ini.”
Blaze 100 kini boleh didapati di lebih 100 stesen servis di seluruh Malaysia bagi memenuhi permintaan pelanggan dalam mencapai pemanduan berkuasa tinggi.
Michelin angkut tayar guna kapal layar agar mesra alam
Michelin baru-baru ini telah memeterai komitmen pengangkutan maritim dengan NEOLINE, iaitu pengusaha perkapalan Perancis yang beroperasi di perairan Kanada-Perancis.
Khidmat pengangkutan tanpa karbon oleh NEOLINE memanfaatkan tenaga angin yang bersih dan boleh diperbaharui sebagai penujah utama kapal kargo miliknya yang berukuran panjang 136 meter dengan layar bersaiz 4200m2. Ia merupakan solusi yang inovatif lagi unik, terbuka kepada semua pekapal, yang akan mengurangkan emisi CO2 berkait dengan pengangkutan di lautan transatlantik sebanyak 90%.
Pierre-Martin Huet, Pengarah Rantaian Bekalan Michelin Group menyatakan: “Usaha sama baharu ini menandakan langkah pertama dalam khidmat pengangkutan berciri bebas karbon, yang sejajar dengan strategi kelestarian yang ingin dicapai oleh Michelin. Ia akan membantu mencapai objektif untuk mengurangkan emisi CO2 yang berpunca daripada logistik sebanyak 15% secara mutlak antara tahun 2018 dan 2030.”
Komitmen yang dimeterai oleh Michelin ini mencakupi pengangkutan tayar yang dimuatkan di dalam kontena, menggunakan kapal kargo layar dari Halifax, Kanada hingga Saint-Nazaire - Montoir de Bretagne di Perancis melalui barisan kapal perintis yang diterajui oleh NEOLINE, yang juga akan menawarkan khidmatnya di kepulauan Saint Pierre dan Miquelon, serta Baltimore, Amerika Syarikat.
NEOLINE merancang untuk merasmikan perusahaan transatlantiknya dengan operasi kapal yang pertama pada tahun 2023. Dengan ketibaan kapal yang kedua, dijadualkan setahun kemudian, Michelin Group akan mengamanahkan sekurang-kurangnya 50% daripada kontena syarikatnya secara beransur-ansur untuk diangkut oleh NEOLINE.