Michelin angkut tayar guna kapal layar agar mesra alam
Michelin baru-baru ini telah memeterai komitmen pengangkutan maritim dengan NEOLINE, iaitu pengusaha perkapalan Perancis yang beroperasi di perairan Kanada-Perancis.
Khidmat pengangkutan tanpa karbon oleh NEOLINE memanfaatkan tenaga angin yang bersih dan boleh diperbaharui sebagai penujah utama kapal kargo miliknya yang berukuran panjang 136 meter dengan layar bersaiz 4200m2. Ia merupakan solusi yang inovatif lagi unik, terbuka kepada semua pekapal, yang akan mengurangkan emisi CO2 berkait dengan pengangkutan di lautan transatlantik sebanyak 90%.
Pierre-Martin Huet, Pengarah Rantaian Bekalan Michelin Group menyatakan: “Usaha sama baharu ini menandakan langkah pertama dalam khidmat pengangkutan berciri bebas karbon, yang sejajar dengan strategi kelestarian yang ingin dicapai oleh Michelin. Ia akan membantu mencapai objektif untuk mengurangkan emisi CO2 yang berpunca daripada logistik sebanyak 15% secara mutlak antara tahun 2018 dan 2030.”
Komitmen yang dimeterai oleh Michelin ini mencakupi pengangkutan tayar yang dimuatkan di dalam kontena, menggunakan kapal kargo layar dari Halifax, Kanada hingga Saint-Nazaire - Montoir de Bretagne di Perancis melalui barisan kapal perintis yang diterajui oleh NEOLINE, yang juga akan menawarkan khidmatnya di kepulauan Saint Pierre dan Miquelon, serta Baltimore, Amerika Syarikat.
NEOLINE merancang untuk merasmikan perusahaan transatlantiknya dengan operasi kapal yang pertama pada tahun 2023. Dengan ketibaan kapal yang kedua, dijadualkan setahun kemudian, Michelin Group akan mengamanahkan sekurang-kurangnya 50% daripada kontena syarikatnya secara beransur-ansur untuk diangkut oleh NEOLINE.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment