Keretapi Berkelajuan Tinggi Jakarta-Bandung merupakan model keretapi CR400AF generasi terbaru, dengan kelajuan maksimum standard 400 km / j dan merupakan Keretapi Terlaju di Asia Tenggara.
Model Fuxing 8-gerabak ini adalah sepanjang 209 m (686 kaki), lebar 3360mm dan setinggi 4060mm. Ia mempunyai muatan penuh kurang dari 17 tan. Kereta api ini boleh membawa 556 penumpang, dengan 10 di kelas perniagaan, 28 di kelas pertama, dan 518 di kelas kedua. Keretapi juga mengurangkan penggunaan tenaga, dan menggunakan reka bentuk bahagian standard. Ia juga mempunyai ciri keselamatan yang diperkuat berbanding dengan EMU lain.
Jarak tempat duduk Fuxing (Rejuvenation) lebih besar daripada Hexie (Harmony), dengan kelas pertama pada 1160 mm dan kelas kedua 1020 mm. Ia juga menyediakan akses Wi-Fi.
Landasan Kereta Api Cepat Jakarta-Bandung sepanjang 142.3 km mempunyai 4 stesen di Halim, Karawang, Walini, Tegalluar dengan satu depot yang terletak di Tegalluar. Setiap stesen akan disatukan dengan pusat pengangkutan massa di setiap wilayah sebagai stesen bersepadu.
Cr: keretacepat_id
No comments:
Post a Comment