Motosikal lagenda Honda EX5 telah mula diperkenalkan di pasaran pada tahun 1987. Nyata terbukti ketahanan dan meyakinkan Honda EX5 menjadi sebahagian daripada kenderaan mobiliti yang telah membanggakan serta menggembirakan lebih 2 juta rakyat Malaysia selama ini.
Bagi meraikan model berstatus legenda ini, Boon Siew Honda kini memperkenalkan edisi terhad Honda EX5 ini. Model edisi terhad ini akan tersedia dalam warna emas sebagai tanda peringatan khas sempena ulang tahun ke-35. Edisi ini mempamerkan imej gaya klasik dengan gabungan gaya retro dan premium.
Honda EX5 Edisi Terhad ini dikuasakan oleh enjin 110cc silinder tunggal yang memberikan kuasa sebanyak 6.37 Kw pada 7,500 rpm dan tork setinggi 8.62 Nm pada 5,500 rpm. Honda EX5 ini juga mengunakan Programmed Fuel Injection (PGM-Fi) Honda, yang menyumbang kepada peningkatan tahap kecekapan pembakaran bahanapi yang optimum sambil mengurangkan pelepasan karbon. Pengeluaran Honda EX5 2022 akan dihadkan kepada 2,000 unit sahaja dan akan dijual secara eksklusif dalam roda versi Spoke dan warna Extravagant Gold Metallic.
Ia akan ditawarkan pada harga RM 5,198 iaitu harga yang disyorkan dan tidak termasuk cukai jalan, insurans, dan pendaftaran. Boon Siew Honda menawarkan jaminan pembuatan selama 2 tahun atau 20,000km (mana yang terdahulu)
Spesifikasi
Model Honda EX5 Edisi Terhad
ENJIN
Jenis Silinder Tungal, Penyejuk Udara, SOHC 4-Strok 2 Valv
Sesaran Enjin (cm³) 109.17
Gerek & Lejang (mm) 50.0 X 55.6
Nisbah Mampatan 9.3 : 1
Kuasa Maksima (kW/rpm) 6.37 @ 7,500
Tork Maksima (rpm) 8.62 @ 5,500
Muatan Minyak
Enjin (ℓ)
Selepas Ditanggalkan 0.8
Selepas Pembuangan 1.0
SISTEM BAHAN API
Sistem Bahan Api PGM-FI (Programmed Fuel Injection)
Muatan Minyak Petrol (ℓ) 4.3
SISTEM ELEKTRIK
Sistem Panghidup Penghidupan Elektrik Auto atau Manual
Kapasiti Bateri (A.h) 3
Keluaran ACG (V) 12
TRANSMISI KUASA
Klac Klac Empar Automatik
Transmisi 4 Transmisi Manual – Jaringan Berterusan
CASIS
Bentuk Kerangka Casis Tulang Belakang
Dimensi (P x L x T) (mm) 1,923 x 696 x 1,046
Jarak Roda (mm) 1,212
Ketinggian Tempat Duduk (mm) 747
Jarak Dari Jalan (mm) 138
Berat Tanpa Muatan (mm) 97
SUSPENSI, RODA & BREK
Suspensi
Depan Fork Teleskopik
Belakang Berkembar
Ukuran Rim
Depan 17 M/C x MT 1.40
Belakang 17 M/C x MT 1.60
Tayar
Depan 70/90 - 17 M/C 38 P (berseta tube)
Belakang 80/90 - 17 M/C 50 P (beserta tube)
Jenis Brek
Depan Gendang Trailing
Belakang Gendang Trailing