Suzuki GSX-R150 dan GSX-S150 kini ditawarkan dalam negara

Suzuki GSX telah mentakrifkan semula kategori sportbike prestasi selama lebih 30 tahun dan lebih daripada satu juta unit terjual di peringkat global, ia merupakan kejayaan kejuruteraan yang membuktikan bagaimana para jurutera menghabiskan masa dalam memastikan nama GSX- benar-benar bermakna kepada para peminatnya.
Moniker GSX mula digunakan apabila teknologi empat injap se silinder mula digunapakai bagi enjin model Suzuki dalam tahun 1980. Setiap GSX berkongsi prinsip yang sama - paling ringan dan paling berprestasi di dalam kelasnya. Dengan menggunakan mantera yang sama, Suzuki membawakan keseronokan yang serupa pada model Suzuki GSX-R150 dan GSX-S150. Secara asasnya menggunakan enjin dan casis yang serupa, namun Suzuki GSX-R150 dan GSX-S150 mempunyai matlamat dan fokus tunggangan yang berbeza.


GSX-R150 dengan rekaan berfairing penuh itu menawarkan nisbah kuasa-kepada-berat serta pecutan yang terbaik di dalam kelasnya.
Rekaan panel badan yang terbukti dari terowong angin itu menawarkan unjuran permukaan hadapan yang terkecil di dalam kategori 150 cc, agar mendapatkan pecutan GSX-150 lebih baik, penggunaan bahan api yang menjimatkan, dan kestabilan tunggangan dengan mengurangkan daya angkat dan seretan.

GSX-S150 juga turut menggunakan panel badan depan dan sisi yang kuat, serta lebih ringan berbanding pesaingnya. Menggandingkan rekaan tersebut dengan ketinggian pelana rendah menawarkan kedudukan tunggangan yang lebih sporti khusus untuk peminatnya. Sementara itu, GSX-S150 turut berkongsi prestasi yang serupa namun dengan tema naked bike, bar hendal tradisional, serta ketinggian pelana yang lebih rendah untuk prestasi tunggangan yang lebih selesa, sama seperti GSX-R150. GSX-S150 juga datang dengan ciri standard seperti paparan kluster instrumen LCD, serta rekaan lampu utama yang disusun menegak.

Direka, diuji dan terbukti untuk pasaran Asean, Suzuki GSX-R150 dan GSX-S150 mampu menawarkan apa yang tidak didapati daripada model pesaing di dalam segmennya.
Dengan menggunakan kemahiran yang diperoleh daripada pembangunan model lagenda GSX-R1000, para jurutera Suzuki telah membina mesin 150 cc sejukan cecair, empat injap, Double Overhead Camshaft (DOHC) yang mampu mencapai pecutan hebat dan kelajuan maksimum sambil meningkatkan rasa kelajuan yang terbaik.
Output kuasa maksimum ialah 14.1 kW @ 10,500 rpm sementara daya kilas maksimum pula 14.0 Nm @ 9,000 rpm. Angka prestasi ini direka untuk dinikmati bermula dari putaran enjin rendah sehingga ke rpm tinggi, dan mampu meningkatkan prestasi tunggangan baik di jalan bandar mahupun di jalan desa.

Enjin 150 cc itu menggunakan beberapa ciri teknologi yang datang daripada model GSX-R1000 seperti:
1. Nisbah Bore dan Stroke yang dioptimumkan agar diganding dengan kadar mampatan terbaik.
2. Sistem pancitan bahan api elektronik termaju yang menggunakan enam penderia (sensor) untuk memberikan lebih kuasa dan kadar penjimatan bahan api yang lebih baik.
3. Menggunakan badan pendikit dengan diameter dalaman 32 mm yang terbesar di dalam kelas 150cc untuk memberikan lebih kecekapan pada putaran rpm yang lebih tinggi, serta output kuasa yang lebih baik.
4. Sistem ekzos berprestasi tinggi yang membantu aliran kuasa yang berterusan dari kelajuan enjin rendah ke tinggi, not ekzos yang lebih mengujakan, serta dilengkapi dengan penukar bermangkin untuk memenuhi piawaian emisi Euro 3.
5. Bahan salutan silinder yang terbukti dari perlumbaan, Suzuki Composite Electrochemical Material (SCEM) digunakan untuk memastikan silinder aluminum lebih ringan berbanding unit konvensional, selain mengurangkan kadar geseran dan meningkatkan tahap ketahanan.

Suzuki GSX-R150 dan GSX-S150 menggunakan transmisi manual enam kelajuan dan nisbah
pengurangan adalah berdasarkan pengetahuan GSX- dalam memadankan sifat enjin yang memiliki output berkuasa tinggi. Ini membolehkan pengedaran kuasa yang lancar kepada roda belakang untuk pengalaman pecutan yang menakjubkan.
Sistem brek cakera kelopak terdiri daripada cakera bersaiz 290 mm di depan dan 187 mm di belakang yang menawarkan prestasi pemberhentian yang kuat, sementara tayar tanpa tiub 17 inci itu dibangunkan bersama syarikat Jepun IRC Tire untuk memastikan kestabilan di jalan lurus serta prestasi tunggangan di selekoh. Dengan memahami cara orang Asan menunggang motosikal, Suzuki memastikan sudut stereng untuk jentera 150 cc ini dikekalkan pada 35 darjah, menjadikannya lebih praktikal ketika menempuh
trafik.
Sistem elektronik moden juga turut digunakan di dalam Suzuki GSX-150, seperti sistem tanpa kunci (untuk varian tinggi) yang mampu memudahkan penggunaan, di mana penunggang tidak lagi perlu tercari-cari kunci di dalam poket.
Sistem permulaan mudah Suzuki juga membolehkan enjin dihidupkan dengan hanya satu sentuhan sahaja, tapa memerlukan penunggang untuk kekal menekan butang sehingga enjin dihidupkan.

Paparan luster instrumen LCD penuh menawarkan pelbagai informasi seperti kelajuan enjin yang akan berkelip pada julat putaran yang ditentukan oleh pengguna, kedudukan gear, amaran penukaran minyak hitam, meter perjalanan, bacaan penggunaan bahan api sera informasi yang berkaitan.

Suzuki GSX-R150 hadir dengan dua warna dan grafik menarik. Untuk gred tertinggi terdapat warna Suzuki MotoGP (Metallic Triton Blue) dan Red Titan Black dengan logo SUZUKI yang besar.
Sementara GSX-S150 pula tampil dengan dua warn menarik seperti Aura Yellow/Pearl Brilliant White dan Metallic Triton Blue.
Harga jualan pengeluar yang dicadangkan adalah seperti berikut:
GSX-R150 - RM11,329.00 atas jalan tanpa insurans
GSX-S150 - RM10,289.00 atas jalan tanpa insurans

Setiap pembelian didatangkan dengan jaminan selama 2 tahun atau jarak perbatuan 20,000 km, yang mana terdahulu.

 

No comments: