Boon Siew Honda hari ini mengumumkan penampilan Honda Dash125 baharu yang mematuhi piawian emisi EURO4. Honda Dash125 membawa kombinasi penampilan yang sporty, pengalaman menunggang yang selesa dan berbaloi bagi semua penunggang motosikal.
Honda Dash125 2022 didatangkan dengan ciri berikut:
• Konsep Rekaan yang Segar berserta Grafik bergaris arus baharu
• Dial Meter baharu yang membawa sentuhan moden dan bacaan jelas
• Rekabentuk Visor Hadapan Baharu untuk aerodinamik lebih lancar & Penutup hendal baharu
• Enjin 125cc patuhan EURO4 berserta EEV (Energy Efficient Vehicle)
Honda Dash125 sentiasa menonjol di kalangan rakyat Malaysia dengan gaya sporty dan menjimatkan kos. Model 2022 ini dikuasakan oleh enjin 125cc yang telah diperhalusi dan lebih lancar serta mematuhi EURO4 yang menghasilkan kurang karbon dioksida dan mesra alam. Diperbaharui oleh konsep penggayaan grafik garis-arus yang menyegarkan rekabentuknya berserta penampilan lebih sporty yang dapat mengujakan mana-mana penunggang berjiwa muda yang mencari naik taraf tunggangan dengan harga yang berpatutan.
Rekabentuk hadapan kini disegarkan dengan penghadang angin atau visor baharu yang memberikan Dash125 kecekapan aerodinamik yang lebih lancar apabila menunggang. Satu lagi tambahan anggun pada rekabentuknya ialah penutup hendal baharu yang memberikan penunggang rasa yang menyenangkan, sama ada menunggang di bandar mahupun di lebuh raya.
Dash125 baharu juga disertakan lampu hadapan LED untuk penglihatan yang lebih jelas dalam apa jua keadaan pencahayaan dan memberi siluetnya sentuhan yang moden. Honda Dash125 didatangkan meter dail baharu, meyampaikan maklumat yang diperlukan penunggang sambil tampil bergaya.
Honda Dash125 2022 dibekalkan brek cakera di hadapan dan juga belakang untuk memberikan prestasi brek optimum yang seimbang.
Honda Dash125 boleh didapati dalam warna Candy Scintillate Red, Pearl Nightfall Blue dan Clipper Yellow. Harga yang disyorkan adalah RM 6,449, tidak termasuk cukai jalan, insurans, dan pendaftaran. Boon Siew Honda menawarkan jaminan pembuatan selama 2 tahun atau 20,000km (mana yang terdahulu)
No comments:
Post a Comment