Menampilkan casis superbike dengan keselesaan, fungsi, penggayaan mewah dan ciri kelengkapan sebuah jentera Grand Tourer (GT) yang sebenar
Motosikal sport-touring premium yang menawarkan keseimbangan prestasi, kelincahan, kestabilan pada kelajuan tinggi, keselesaan dan kawalan yang dicari-cari oleh para penunggang di Malaysia
Dilengkapi dengan skrin paparan TFT baharu bersaiz 6.5 inci berwarna penuh yang menampilkan aplikasi Suzuki mySPIN, serta pemilihan aplikasi pihak ketiga yang menawarkan ketersambungan kepada peranti pintar
Suzuki Malaysia kini membawakan penawaran motosikal touring, Suzuki GSX-S1000GT baharu. Sebagai sebuah motosikal touring perdana Suzuki, GSX-S1000GT membawakan keseimbangan terbaik di antara prestasi, kelincahan, kestabilan kelajuan tinggi, keselesaan, kawalan, ketersambungan, serta pakej penggayaan yang mampu menawarkan pengalaman jentera sporttouring premium yang berbaloi dengan penamaan GT itu sendiri.
“Rakyat Malaysia diketahui suka melakukan perjalanan jarak jauh, dan permintaan pasaran terhadap sebuah jentera touring yang mampu menawarkan keseronokan perjalanan jauh ditemani pembonceng, diikuti dengan kemudahan ketersambungan moden dan keupayaan untuk membawa barangan adalah amat dialu-alukan,” menurut Pengurus Besar dan Pengarah Suzuki Malaysia Sdn Bhd (SMSB), Dato’ Jeffrey Lim.
Encik Ahmad Faez bin Tan Sri Yahaya, Pengerusi Eksekutif Kumpulan SMSB menambah, penawaran teknologi ketersambungan terkini adalah satu kemestian, dan GSX-S1000GT baharu ini menawarkan lebih daripada apa yang mereka jangkakan untuk sebuah motosikal jelajah besar berjenama Jepun.
“Ini merupakan sebuah GT yang mampu memenuhi segala keperluan jelajah mereka, dan penampilan yang baik merupakan satu bonus. Dengan menggandingkan teknologi casis dan enjin yang terbukti, serta dengan teknologi ketersambungan terkini, Suzuki GSX-S1000GT baharu ini mampu memeriahkan pasaran,” tambahnya lagi.
Ciri Utama Teknikal:
• Enjin empat silinder sebaris sejukan cecair empat lejang bersesaran 999 cc DOHC terbukti
yang menampilkan lengkung tork yang luas dan lancar, serta pengedaran kuasa yang mampu
mengurangkan keletihan semasa menjelajah atas kelajuan lebuh raya.
• Sistem ekzos 4-2-1 kompak yang direka sepenuhnya menampilkan susun atur yang
menempatkan sistem Suzuki Exhaust Tuning (SET), peredam, penukar bermangkin dan rekaan
kebuk baharu yang mampu memenuhi piawaian pelepasan emisi Euro 5. Ia telah ditala untuk
menghasilkan resonans yang berkuasa, dan dalam masa yang sama menawarkan bunyi ekzos
yang menyenangkan.
• Badan pendikit elektronik baharu yang membantu mencapai keseimbangan terbaik
antara kawalan kelajuan melahu dan karakteristik output kuasa, dan dalam masa yang sama
menyumbang kepada pematuhan Euro 5.
• Komponen aci sesondol baharu dengan profil sesondol kemasukan dan ekzos baharu bagi
mengurangkan emisi, dan mencapai keseimbangan keseluruhan antara prestasi dan
kebolehkawalan yang lebih baik.
• Kotak penapis udara baharu yang mengurangkan kadar rintangan kemasukan dan
mengekalkan resonans kemasukan yang impresif dan dalam masa yang sama meningkatkan
kualiti notanya untuk menambah keseronokan pengalaman tunggangan.
• Suzuki Clutch Assist System (SCAS) menawarkan operasi tuil klac yang lebih ringan untuk
mengurangkan kepenatan sewaktu perjalanan jauh terutama Ketika terperangkap di dalam trafik
sibuk. Sistem ini juga turut menampilkan operasi nyahpecutan yang lebih lancar, serta kawalan
lebih baik semasa menurunkan posisi gear.
Sistem SUZUKI INTELLIGENT RIDE SYSTEM (S.I.R.S) yang dikemaskini menawarkan pengalaman jelajah penuh:
• Sistem kawalan pendikit elektronik ride-by-wire baharu mengawal hubungan antara
Tindakan pendikit dan karakteristik output enjin untuk dipadankan dengan setiap mod SDMS.
Dengan rekaan yang lebih ringkas, ringan dan lebih kompak berbanding sistem mekanikal
terdahulu, ia mampu meningkatkan kebolehkawalan di dalam masa yang sama menawarkan
respons yang lebih asli dan kawalan linear.
• Bi-directional Quick Shift System (dengan tetapan ON/OFF) memberikan penukaran gear
yang lebih pantas, lancar tanpa perlu menggunakan tuil klac. Fungsi automatic blipping sewaktu
penukaran gear lebih rendah mencipta pengalaman tunggangan yang lebih memuaskan hati.
• Kawalan jelajah membenarkan penunggang untuk mengekalkan kelajuan tertentu tanpa
perlu memulas pendikit, sekali gus mengurangkan kepenatan ketika tunggangan jarak jauh.
• Fungsi Low RPM Assist Suzuki telah dikemaskini untuk berfungsi bersama SCAS dan
menjadikan pecutan awal dari pegun lebih mudah dan lancar.
Casis terbukti menawarkan asas jentera GT yang kukuh:
• Kerangka aluminium jenis twin-spar dibina untuk menawarkan pengendalian yang lincah,
serta keupayaan untuk membuat perjalanan jauh.
• Rel tempat duduk baharu yang menampilkan titik lampiran sarung sisi yang selamat, serta
rekaan yang membolehkan pelana yang lebih tebal dan selesa.
• Tempat pemegang yang lebar, serta posisi bar hendal terapung yang dioptimasikan untuk
mengurangkan kepenatan semasa mengembara atau menikmati tunggangan sporti.
• Fork hadapan KYB jenis terbalik ø43mm boleh laras sepenuhnya dan suspensi belakang
link-type boleh laras menyumbang kepada kelincahan dan kestabilan.
• Tayar Dunlop SPORTMAX Roadsport 2 baharu yang direka khas untuk tahap ketegaran
yang tepat untuk apa jua keadaan cuaca di Malaysia.
• Kapasiti tangki bahan api sebesar 19 liter yang lebih besar digandingkan dengan tahap
kecekapan enjin yang cemerlang menyumbang kepada sebuah GT dengan jarak tunggangan yang
lebih jauh.
• Angkup brek depan Brembo empat omboh mono-block yang digandingkan dengan rotor
berkembar terapung ø310mm menawarkan prestasi brek yang kuat, boleh dipercayai.
• Penambahbaikan untuk mengurangkan kesan gegaran yang dialami oleh penunggang dan
pembonceng, termasuklah rekaan bar hendal terapung baharu, tempat pemijak kaki ditutupi
getah, menyumbang kepada pengalaman tunggangan yang lebih santai dan tidak memenatkan.
Jentera dengan teknologi ketersambungan yang terkini:
• Skrin paparan berbilang fungsi bersaiz 6.5 inci TFT berwarna penuh dengan permukaan
kalis calar, salutan anti-pantulan dan sokongan untuk memaparkan kandungan aplikasi peranti
pintar.
• Ketersambungan peranti pintar serta aplikasi percuma SUZUKI mySPIN yang menawarkan
akses mudah kepada fungsi kenalan, peta, muzik, telefon dan kalendar.
• Suzuki Drive Mode Selector (SDMS) menawarkan tiga karakteristik output yang berbeza
untuk menyokong penunggang di dalam keadaan yang berbeza.
• Suzuki Traction Control System (STCS) menawarkan lima pemilihan mod (+ OFF) untuk
disesuaikan dengan keadaan tunggangan yang lebih meluas. GSX-S1000GT menawarkan keyakinan dan mengurangkan keletihan sewaktu menunggang bersendirian atau membawa pembonceng, membawa bermacam kelengkapan, atau menunggang di dalam cuaca yang kurang baik.
• Pemilihan aplikasi pihak ketiga menambah pelbagai kandungan lanjut seperti navigasi,
jangkaan laluan dan masa menuju ke destinasi, informasi cuaca dan banyak lagi.
• Slot USB untuk pengecasan peranti pintar yang dibina di bahagian kiri skrin TFT.
Penggayaan "GT Tour de Force" yang mampu menarik anda memasuki dunia motosikal grand
touring yang moden
• Rekaan radikal yang menampilkan garisan berukir yang tajam untuk mencipta rupa paras
hadapan yang aerodinamik, serta penampilan moden yang diinspirasikan daripada jet pejuang.
Hasilnya, sebuah rekaan futuristik dengan wajah menarik yang menunjukkan prestasi dan
keselesaan tunggangan berkelajuan tinggi sewaktu mengembara.
• Unit lampu LED yang disusun secara mendatar digandingkan dengan lampu posisi LED
untuk mencipta rupa yang berani diinspirasikan daripada jet pejuang.
• Kunci pemula yang direka kustom menampilkan logo GT dalam warna emas
menambahkan sentuhan kemewahan.
Suzuki GSX-S1000GT baharu didatangkan dalam dua warna iaitu Metallic Triton Blue (YSF) dan
Metallic Reflective Blue (QT8).
Setiap pembelian turut disertakan dengan sepasang kotak storan sisi dengan ciri kunci buka-cepat
(quick-release) untuk memudahkan pemasangan dan pembukaan. Rekaan kotak storan sisi ini
diintegrasikan dengan penampilan GT yang tajam, futuristik dan mampu memuatkan helmet
bersaiz penuh di dalamnya.
Para pemilik GSX-S1000GT kini boleh mengembara dengan lebih yakin apabila mengetahui
Suzuki Malaysia menawarkan jaminan standard selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000
km (yang mana terdahulu), disokong oleh rangkaian jualan dan servis di 70 buah pengedar di
seluruh negara.
Dijual pada harga bermula dari RM85,700, Suzuki GSX-S1000GT baharu ini akan menjadi bualan ramai dan mampu menjadi lagenda di dalam cerita motosikal rakyat Malaysia.
Model ini boleh didapati di pusat pameran Suzuki Big Bike World di seluruh negara. Setiap motosikal Suzuki didatangkan standard dengan jaminan kilang penuh selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 km.
Maklumat lanjut boleh didapati di laman web www.suzuki.com.my atau emel kepada info@suzuki.com.my.
* Harga jualan cadangan tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran dan insurans
No comments:
Post a Comment