Suzuki Belang F150 yang mula diperkenalkan pada bulan April 2009 telah menjadi satu model motosikal yang unik di pasaran Malaysia, yang dahulunya telah mewujudkan kultus tersendiri dan dihormati kerana prestasinya. Sehingga kini, terdapat ribuan penunggang dan peminat yang berterusan menyokong model tersebut. (Baca mengenainya di https://www.motorev.com.my/2009/04/suzuki-belang-r150.html)
Enjin 147cc empat injap DOHCnya merupakan nadi yang paling berkuasa kini dipasang pada Raider R150 Fi. Para jurutera Suzuki juga telah memastikan bahawa peningkatan kuasa sebanyak 2 kW kepada 13.6 kW @ 10,000 rpm dan tambahan 1.3 Nm kepada 13.8 Nm @ 8,500 rpm, akan mampu dirasai pada keseluruhan julat putaran enjin dari rpm rendah hinggalah yang tertinggi. Nozel atau muncung suntikan bahan api jenis empat liang telah digunapakai bagi menyuntik jumlah bahan api yang optimum untuk memastikan penghasilan kuasa yang lebih hebat serta kecekapan bahan api yang lebih baik. Enam sensor siap terbina dalam enjin untuk memastikan data yang mencukupi mampu dikumpulkan oleh Modul Kawalan Elektronik (ECM ) mampu menentukan nisbah terbaik untuk prestasi enjin yang optimum.
Penggunaan injap berdiameter lebih besar memastikan kecekapan terbaik dari
segi output kuasa atau penggunaan bahan api untuk enjin 150 cc itu. Diameter luar injap kemasukan kini bersaiz 24 mm berbanding 22 mm terdahulu, dan injap ekzos pula kini berdiameter 21 mm berbanding 19 mm terdahulu.
Teknologi salutan silinder SCEM (Suzuki Composite Electrochemical Material) yang digunakan dalam motosikal sports besar Suzuki turut digunakan pada Raider bagi memastikan silinder dilindungi daripada
deformasi haba dan dalam masa yang sama mengurangkan geseran. Salutan Nikasil yang didaftar hak penggunaannya oleh Suzuki yang menggunakan bahan nikel-fosforus-silikon-karbaid.
Diameter saluran ekzos yang lebih besar (31.8 mm berbanding 25.4 mm pada model terdahulu) kini menghasilkan tindak balas yang optimum daripada enjin pada keseluruhan julat putaran enjin.
Suzuki Raider R150 Fi yang baharu ini didatangkan dengan rangka Suzuki Advanced Twin Spar yang menawarkan keseimbangan antara peningkatan ketegaran, serta rangka yang lebih ringan, dan dalam masa yang sama menawarkan kebolehgerakan atau fleksibiliti dan kestabilan yang unggul sama seperti model GSX-R.
Suzuki Raider R150 Fi ini dipasang tayar tanpa tiub IRC yang menawarkan pengurangan rintangan golekan sebanyak enam peratus, memperbaiki kadar pecutan dan kadar cengkaman yang mencukupi untuk tunggangan yang lebih meyakinkan, dan selamat.
Brek cakera kelopak digunapakai bagi menyesarkan haba dengan lebih cepat, sekaligus meningkatkan tahap keselamatan ketika menunggang di kawasan berbukit. Rekaan pelana serba baharu yang tampak sporti itu menawarkan tahap keselesaan yang sama seperti model terdahulu.
Tunggangan malam kini lebih selamat di mana Raider R150 Fi dilengkapi dengan pencahayaan LED untuk suluhan rendah dan juga tinggi. la bukan sahaja meningkatkan tahap penglihatan penunggang, malah mempunyai jangka hayat yang lebih lama dan menggunakan tenaga elektrik yang tidak membebankan bateri.
Hendal pemegangnya merupakan rekaan zig-zag yang selesa sama seperti model GSX-R, sementar cermin sisi pula menawarkan rupa yang lebih moden, dengan saiz yang lebih besar untuk penglihatan dan keselamatan yang lebih baik.
Penyelenggaraan mudah juga turut di utamaan pada model Raider R150 Fi, dan ia merupakan motosikal underbone bawah 150 cc pertama yang didatangkan dengan rantai termeterai (sealed chain) yang baharu. Penggunaan rantai ini bukan sahaja memastikan ianya lebih mampu mengekalkan ukuran asalnya, malah ketahanan rantai juga turut dipertingkatkan. Rantai seperti ini lazinya digunakan pada motosikal berkuasa tinggi. Ianya menggunakan meterai minyak atau oil-seal yang menahan gris dari keluar pada setiap sambungannya. Penggunaan rantai ini bukan sahaja memastikan ianya lebih mampu mengekalkan ukuran asalnya, malah ketahanan rantai juga turut dipertingkatkan. Rantai seperti ini lazinya digunakan pada motosikal berkuasa tinggi.
Panel instrumen LCD penuh menyediakan pelbagai informasi yang diperlukan, sementara rekaan badan yang ramping dan ringan itu menawarkan prestasi tunggangan dalam bandar yang sesak yang praktikal malah mengujakan.
Suzuki Raider R150 Fi hadir dengan dua warna menarik dengan grafik yang berpadanan iaitu Hitam Titan Black dan Biru Metalik Mat Stellar Blue/Titan Black.
Harga runcit yang dicadangkan untuk Suzuki Raider R150 Fi ini bermula dari RM8,173.00 atas jalan tanpa insurans. Ia dilindungi jaminan pembuatan selama 2 tahun atau 20,000 km, yang mana terdahulu.
Untuk perbandingan, Suzuki Belang yang dperkenalkan dalam tahun 2009 ditawarkan pada harga RM7,570.00
Spesifikasi
Jenis enjin : 4 lejang, Dwi aci sesondol 4 Injap DOHC
Svstem Penyejukan : Sejukan Cecair
Gerek x Lejang : 62.0 x 48.8 mm
Sesaran : 147cc
Sistem Nyalaan: Transistor Elektronik
Nisbah Mampatan : 11.5: 1
Sistem nyalaan : Suntikan bahanapi
Penghidup: Tendang/Elektrik
Sistem Pelinciran: SJCS