Bayar lesen, road-tax on-line melalui MyJPJ

 

PEMBAHARUAN e-LKM DAN e-LMM MELALUI APLIKASI MyJPJ

Bagi memudahkan orang awam untuk mendapatkan perkhidmatan JPJ secara digital, pembaharuan Lesen Kenderaan Motor dan Lesen Memandu Malaysia boleh dilaksanakan melalui aplikasi MyJPJ bermula 1 Februari 2024. Pelaksanaan urus niaga pembaharuan LKM melalui aplikasi ini akan dilaksanakan secara berfasa di mana pada peringkat permulaan hanya melibatkan kenderaan persendirian individu (warganegara).

Pertambahan fungsi baharu ini akan memudahkan orang awam untuk memperbaharui LKM dan LMM secara digital, menjimatkan masa dan kos serta dapat mengurangkan kesesakan urus niaga secara fizikal di kaunter-kaunter JPJ.

REBAT RM5 – PEMBAHARUAN LESEN MEMANDU MALAYSIA DIGITAL (e-LMM)

Untuk mengalakkan penggunaan e-LMM, mereka yang memilih Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM) semasa pembaharuan akan menikmati rebat sebanyak RM5. Rebat ini akan dinikmati sepanjang tahun 2024 iaitu bermula 1 Februari 2024 sehingga 31 Disember 2024.

Inisiatif ini terpakai untuk mereka yang memilih e-LMM semasa pembaharuan sama ada melalui kaunter JPJ / portal mySIKAP / aplikasi MyJPJ atau rakan niaga JPJ (Pejabat Pos Malaysia dan MyEG Services Berhad). 

Inisiatif ini hanyalah untuk warganegara Malaysia sahaja dan tidak terpakai kepada warganegara asing atau mana-mana pemegang pas / permit jangka masa panjang / Kad MyKAS / Kad MyPR. 

#KementerianPengangkutan #MyJPJ #LKM #motorev #jpj #LMM

No comments: