Autolesen B penuh untuk pemegang B2 dan B1


Program khas peralihan akan diperkenalkan kepada pemegang LMM kelas B1 dan B2 untuk beralih dan mendapatkan LMM kelas B. Syarat-syarat bagi menduduki program peralihan ini
adalah seperti berikut:
(i) Individu telah memegang LMM kelas B1 atau B2 secara aktif untuk tempoh berterusan minima 10 tahun. Syarat ini bagi memastikan tahap kompetensi dan pengalaman pemanduan
kenderaan motosikal bagi mana-mana individu sebelum beralih kepada motosikal berkuasa besar;
(ii) Pemohon hendaklah bebas daripada sebarang senarai hitam, tunggakan saman, sekatan urus niaga, rekod sabitan kesalahan berat atau sebarang perkara belum selesai di bawah Akta 333;
(iii) Pengesahan sihat tubuh badan/fizikal/minda secara deklarasi kendiri oleh individu;
(iv) Menghadiri dan lulus program peralihan dan penyesuaian ke kenderaan motosikal berkuasa 500cc ke atas di Institut Memandu (IM) melibatkan program amali penunggangan, informasi pemanduan selamat dan informasi pemanduan/pengoperasian motosikal berkuasa besar untuk tempoh 2 jam; dan
(v) Pengesahan tahap keupayaan mengendalikan motosikal berkuasa besar oleh Qualified Training Officer (QTO) di IM. Pengesahan ini amat penting bagi memastikan tahap kompetensi dan keupayaan seseorang mengendalikan motosikal berkuasa besar demi meningkatkan tahap keselamatan pemanduan individu tersebut.
Bagi tujuan menjalani program khas peralihan ini, caj perkhidmatan sejumlah RM160 akan dikenakan kepada mana-mana calon bagi menampung kos operasi yang terlibat di IM.
Pada masa ini, pihak JPJ sedang di fasa akhir persiapan bagi memperkenalkan program peralihan berkenaan, termasuk melaksanakan semua perubahan sistem dan penyelerasan dengan
pihak IM. Permohonan bagi menjalani program peralihan dijangka dibuka kepada umum mulai 1 Oktober 2024.
Program khas peralihan ini tidak mempunyai tempoh masa tamat, dan akan diteruskan sehingga satu tempoh yang akan ditentu dan
dimaklumkan kemudian.
(B) Menggabungkan kelas B1 (motosikal<499c) dengan B.
(i) Selain daripada pelaksanaan program khas peralihan di atas, LMM kelas B1 juga akan digabungkan dengan LMM kelas B.
(ii) Penggabungan ini ditetapkan setelah mengambil kira permintaan mendapatkan LMM kelas B1 adalah terlalu rendah pada setiap
tahun kerana orang ramai akan terus memilih mendapatkan kelas B sahaja.
(iii) Mulai 1 Oktober 2024, tiada lagi program mendapatkan LMM kelas B1 di IM akan dibuka kepada orang ramai.
(iv) Dengan mendapatkan LMM Motosikal kelas B, individu layak memandu semua kuasa-cc motosikal, dan tidak terhad kepada motosikal berkuasa 499cc ke bawah sahaja bagi kelas B1.
(v) Bagi pemegang lesen B1 sedia ada, mereka akan kekal di kategori berkenaan atau boleh menjalani program khas di atas bagi mendapatkan kelas B.



MAKLUMAT TAMBAHAN    Mendapatkan LMM Kelas B
Sedia Ada                        Program Khas  Peralihan
Kos (siling) RM900        RM160
Kelas Teori 2 jam           Tiada
Latihan litar 9.5 jam     Program peralihan  2jam Jumlah Jam 11.5 jam     2 jam


No comments: