Voge FR150 kini di pasaran

 


Voge FR150 telah diperkenalkan buat pertama kalinya pada 22 Mei lepas di Malaysia Autoshow 2024. Dengan penawaran harga bermula RM8,888.00, pengguna mampu memiliki FR150 yang menggunakan silinder tunggal dengan 4-injap dan kotak gear slipper clutch 6-kelajuan. 

Model super moped ini juga dilengkapi sistem brek anti-kunci (ABS) dwi-saluran yang meningkatkan lagi keselamatan semasa menunggang. 

Lebih istimewa, Formica Rossa 150 kini dihadirkan dengan bakul hadapan yang akan memudahkan pengguna untuk meletakkan barang keperluan serta menjimatkan kos kerana tidak perlu membeli bakul tamabahan. 

Terdapat tiga warna yang mampu mengambat hati penggunanya iaitu Canary Yellow, Heat Red dan Bold Blue. 

Kini boleh didapati di mana-mana pengedar sah Mforce di seluruh Malaysia. Dengan setiap pembelian mana-mana model FR150, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. 




















QJMOTOR Fort 350 hanya RM23,888



QJMOTOR Fort 350 merupakan penawaran terkini dari MForce yang ditunggu-tunggu oleh peminat tempatan motosikal ekoran reka bentuknya yang bergaya dan disulami spesifikasi yang canggih. Dua pilihan warna yang menarik; Matte Black dan Gold memberikan aura kekuatan dan gagah. 





Tangki minyak berkapasiti sebanyak 14-liter yang turut menjadi salah buah mulut penggemar motosikal juga bakal menghidupkan ritma perjalanan anda. 

Model ini juga menawarkan penjimatan bahan api yang sangat cekap dan meningkatkan lagi prestasi semasa berada di jalan raya. 



Fort 350 juga dilengkapi dengan enjin 350cc yang memberikan kuasa maksimum sebanyak 25kW pada 7,500rpm dan tork 35.2Nm pada 6,000rpm. Penunggang motorsikal ini akan merasai kelancaran dan kepuasan pada setiap pecutan. 

Dengan setiap pembelian Fort 350, para pembeli boleh menikmati jaminan waranti perbatuan tanpa had untuk tempoh dua tahun serta perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh QJMOTOR Malaysia. 

Para peminat boleh memilikinya bermula dari harga RM23,888 daripada pengedar sah QRMOTOR di seluruh Malaysia. 









MForce Track Day Meriah

MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. telah menganjurkan MForce Track Day pada 8 Sept lepas.

Acara yang dijalankan di Horizon Baranang Circuit, Selangor ini telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Operasi MForce, Asri Ahmad.

Seramai lebih dari 1,500 peserta telah menghadiri acara ini dan disajikan dengan pelbagai program dan aktiviti menarik sepanjang hari, termasuklah tungganguji motosikal² yang ditawarkan oleh MForce.

Di MForce Track Day, Fort 350 dari jenama motorsikal QJ MOTOR dan FR150 dari Voge telah diperkenalkan buat pertama kali dalam pasaran lokal, selepas pelancarannya pada 22 Mei di Malaysia Autoshow 2024. 




ETS tambahan bagi laluan KL Sentral – Padang Besar

 

Bersempena dengan cuti sekolah penggal
dua dan cuti peristiwa Hari Malaysia serta Hari Maulidur Rasul, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua (2) perkhidmatan tren ETS tambahan bagi laluan KL Sentral – Padang Besar dan sebaliknya.


Perkhidmatan tren tambahan ini akan beroperasi selama 10 hari, bermula 13 hingga
22 September 2024, bagi memenuhi permintaan penumpang yang meningkat semasa
musim cuti ini. Tiket tren tambahan tersebut akan mula dijual pada 6 September 2024
(Jumaat) bermula jam 10.00 pagi.
Tren tambahan ini menawarkan 630 tiket sehari, menjadikan jumlah keseluruhan
sebanyak 6,300 tiket yang merangkumi koc kelas perniagaan. Jadual operasi tren
ETS tambahan adalah seperti berikut:


Penambahan perkhidmatan ini bertujuan untuk menampung permintaan tinggi semasa musim cuti, sekali gus membantu mengurangkan kesesakan trafik bagi mereka yang ingin pulang ke kampung halaman. Diharapkan perkhidmatan tambahan
ini dapat memberikan perjalanan yang lebih lancar, selesa dan selamat.