VOGE, satu lagi jenama motosikal yang semakin dikenali ramai, mengumumkan bahawa model pertamanya, Formica Rossa 150 (FR150), akan menyertai Kejuaraan CubPrix Malaysia 2025 dan Asia Road Racing Championship (ARRC).
Langkah ini merupakan titik mula bagi VOGE dalam menceburi dunia perlumbaan profesional dengan supermoped-nya tersebut.
VOGE FR150 dilengkapi dengan enjin 150cc satu silinder DOHC, yang menghasilkan 15.42hp @ 8,500rpm dan tork maksimum 13.5Nm @ 7,500rpm., dan datang dengan klac gelincir (slipper clutch) yang mengawal transmisi 6-kelajuan, serta brek ABS dwi-saluran.
Kemunculan FR150 dalam CubPrix dan ARRC menguji kemampuannya sebagai pencabar baharu yang berpotensi. Kini, model ini sedang menjalani proses homologasi oleh pihak penganjur perlumbaan untuk bersaing pada musim perlumbaan tahun 2025.
Penyertaan berani ini dilihat sebagai bakal mengesahkan prestasi motosikal ini, tetapi juga sebagai akujanji terhadap komitmen VOGE dalam peningkatan inovasi dan kecemerlangan.
Proses pemilihan pasukan perlumbaan kini sedang dijalankan dan nama pasukan serta pelumba dijangka diumumkan seawal Januari 2025. MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. sedang mencari pelumba berbakat yang mampu memanfaatkan sepenuhnya potensi FR150 dan memperlihatkan prestasinya di litar perlumbaan.
Ciri-Ciri Hebat VOGE Formica Rossa 150
Enjin 150cc: Dibina untuk prestasi optimum dengan sistem penyejukan cecair, sesuai untuk perjalanan bandar dan jarak jauh.
Slipper Clutch: Meningkatkan kawalan dan keselamatan semasa perlahan dan membelok.
ABS Dwi-Saluran: Menjamin brek yang cekap untuk kedua-dua roda, memberikan keselamatan maksimum.
Kecekapan Penggunaan Bahan Api: Tangki minyak 5.8L menyokong perjalanan lebih jauh.
Suspensi Canggih: Memberikan pengalaman menunggang yang lancar di pelbagai jenis permukaan jalan.
Port Pengecas USB: Membolehkan peranti sentiasa dicas dan pengguna sentiasa terhubung.
Reka Bentuk Moden dengan Lampu LED: Gaya sporty dan futuristik dengan pencahayaan premium.
Ciri Keselesaan: Tempat duduk ergonomik, tapak pemijak kaki anti gelincir dan tempat duduk anti-gelincir untuk keselesaan maksimum.
Paparan Digital: Memudahkan akses kepada maklumat penting dengan teknologi moden.
No comments:
Post a Comment