Pandu uji GWM Tank300 untuk orang awam

 

Great Wall Motor (GWM) Malaysia akan menganjurkan acara pandu uji awam ‘off-road’ pada 20 dan 21 Julai 2024, bertempat di M4TREC, 4WD Training & Experience Centre di Semenyih, Selangor, bersempena GWM TANK 300 yang dilancarkan baru-baru ini.

Diimport sepenuhnya (CBU) dari China, SUV ‘off-road’ ini ditawarkan pada harga kompetitif RM250,000 (OTR) tanpa insurans dengan empat pilihan warna menawan: Dusk Orange, Fossil Grey,Crystal Black, dan Pearl White.

Acara ini bakal memberi peluang kepada orang awam untuk merasakan sendiri cabaran dan
halangan laluan yang direka khas bagi mempamerkan kebolehan dan kemampuan GWM TANK 300 sebagai pilihan SUV ‘off-road’ yang ideal. Selain itu, para peserta juga akan menerima latihan
daripada pengajar profesional mengenai kaedah dan teknik untuk menguasai pelbagai cabaran
yang lasak semasa pengembaraan pemanduan.

 
Terbuka untuk orang awam, sesi pandu uji ini mempunyai pelbagai halangan mencabar untuk
ditakluki dengan GWM TANK 300 seperti Log Bridge, Axle Twister, Ridge Crossing, Log Track, Hill
Descent, Hill Climb dan sebagainya.
"Dengan ciri-ciri keselamatan yang menjadi keutamaan GWM, kami ingin orang ramai untuk
merasakan sendiri prestasi dan keupayaan sebenar GWM TANK 300 dalam pelbagai situasi dan
keadaan jalan. Untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar, kami telah menyediakan
tenaga pengajar berpengalaman untuk membimbing para peserta, menghadapi setiap cabaran ‘offroad’ ini dengan penuh yakin," kata Mike Cui An Qi, Pengarah Urusan GWM Malaysia. "Ini akan membolehkan mereka untuk mencuba dan menggunakan kesemua ciri-ciri pintar ‘off-road’ bagi menakluki segala jenis permukaan," tambah beliau.

 
Selain itu, tawaran hadiah eksklusif daripada GWM turut menanti para peserta yang menyertai
acara ini. Untuk menempah slot sesi pandu uji ‘off-road’, sila RSVP di:
https://forms.gle/Xi7ZuvMPo9jDJwEW9