Miliki Morbidelli T1002VX dengan RM48,888



Jenama motosikal unggul Morbidelli, kini memperkenalkan model baharunya iaitu T1002VX di Malaysia melalui pengedarnya, MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. Model ini telah dirasmikan bersempena dengan acara Top 68 Dealers' Educational Tour Sales Campaign 2024 di Changsha, China pada 24 November 2024.

200 unit terawal akan dijual dengan harga istimewa iaitu RM48,888 (tidak termasuk cukai
jalan dan insurans) kemudian akan berbalik kepada harga asal (RM53,888 tidak termasuk
cukai jalan dan insurans). T1002VX kini boleh didapati di mana-mana pengedar sah MForce
seluruh Malaysia.


Hadir dengan warna Hitam dan Putih, T1002VX dikuasakan oleh enjin 997cc V-berkembar,
4-lejang, penyejuk cecair yang menghasilkan kuasa setinggi 65 kW pada 7,500 rpm dan tork
maksimum 89 Nm pada 5,250 rpm. Dengan ukuran lejang 75 mm dan nisbah mampatan
10.3:1, motosikal ini menawarkan penghantaran kuasa yang konsisten dan dinamik.
Sistem pelincirannya menggunakan takungan basah, memastikan operasi enjin yang lancar
dan penyejukan yang efisien. Kuasa motosikal ini disokong oleh bateri 12V14Ah, yang
memudahkan motosikal dihidupkan melalui penghidup elektrik. 



Dari segi brek, sistem brek hadapan dilengkapi dengan cakera berkembar dan kaliper J.Juan
empat piston, manakala brek belakang menggunakan cakera tunggal dengan kaliper J.Juan
satu piston, memberikan kuasa pemberhentian yang responsif dan selamat. Sistem ABS
dwi-saluran menambah kawalan yang lebih baik di pelbagai permukaan jalan.

Tayar hadapan bersaiz 120/70 R19 dan tayar belakang 170/60 R17, memberikan kestabilan
dan cengkaman yang mantap. Dengan dimensi 2,313mm x 931mm x 1,475mm dan
ketinggian tempat duduk 820mm, T1002VX sesuai untuk pelbagai jenis penunggang.
Kapasiti tangki bahan api 20-liter pula menjadikannya ideal untuk perjalanan jauh tanpa
perlu kerap mengisi minyak.

T1002VX turut dilengkapi dengan butang kecemasan (hazard button) untuk meningkatkan
keselamatan semasa kecemasan dan handguard MBP, yang melindungi jari penunggang
daripada serpihan jalan dan cuaca buruk.
Motosikal ini juga disediakan dengan fungsi Auto Cruise yang mampu memaksimumkan
keselesaan perjalanan dengan mengekalkan kelajuan tetap secara automatik, menjadikan
setiap tunggangan jarak jauh lebih santai dan efisien.

Dari segi suspensi, fork depan upside-down boleh laras dan monoshock belakang boleh laras
memastikan tunggangan yang lancar dan selesa. Paparan meter TFT turut memaparkan
maklumat penting seperti empat mod tunggangan dan sistem pemantauan tekanan tayar
(TPMS) dengan jelas.

Model ini juga menawarkan tiga ruang bagasi iaitu kotak atas (50 liter) dan dua kotak sisi
(masing-masing 42 liter dan 36 liter) yang memberikan ruang simpanan yang mencukupi
untuk ekspedisi jarak jauh. Port pengecasan USB Type-A dan Type-C yang akan
membolehkan penunggang kekal berhubung menggunakan telefon pintar sepanjang
perjalanan.

Kali ini, Morbidelli turut menerbitkan aplikasi khas bagi pengguna motosikalnya iaitu MBP
Connect yang perlu disambungkan dengan internet untuk membolehkan pengguna
mendapatkan akses kepada pelbagai ciri menarik seperti pendedahan penuh kepada maklumat motosikal (Motometric) seperti baki minyak, kelajuan motor, rekod penyelenggaraan motosikal, rekod servis yang lengkap dan peringatan untuk servis berkala.

MBP Connect juga menyediakan fungsi navigasi serta rekod perjalanan motorsikal.
Selain itu, aplikasi ini juga menyediakan panduan lokasi bengkel terdekat, jadual
penyelenggaraan serta tips penjagaan motosikal untuk memastikan prestasi motosikal
sentiasa berada pada tahap terbaik. Aplikasi ini adalah rakan ideal untuk pemilik motosikal
yang mahukan pengalaman yang lebih mudah dan menyeluruh ketika menunggang.
 
Dengan ciri-ciri premium dan reka bentuk yang teguh, Morbidelli T1002VX bersedia untuk
merevolusi pengalaman motosikal trail, menawarkan gabungan sempurna kuasa, prestasi,
dan teknologi mesra penunggang.
Bagi setiap pembelian T1002VX, para pembeli boleh menikmati jaminan waranti perbatuan
tanpa had untuk tempoh dua tahun serta perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas
talian oleh Morbidelli Malaysia.






No comments: