SYM Husky 300 cuma RM23,888

SYM Husky 300, model skuter premium terbaru kini tersedia di pasaran dengan harga permulaan RM23,888, tidak termasuk insurans dan cukai jalan. Hadir dalam tiga warna elegan iaitu White, Space Grey dan Matte Black, model ini menawarkan gabungan reka bentuk moden, teknologi canggih dan ciri keselamatan terkini yang pasti menarik perhatian peminat motosikal.


Dikuasakan dengan enjin 278.3cc SOHC silinder tunggal 4-lejang berserta sistem penyejukan cecair, Husky 300 menghasilkan kuasa maksimum 19.0kW pada 8,000rpm dan tork 26.0Nm pada 6,000rpm yang memastikan tunggangan lebih lancar dan berprestasi tinggi. Sistem EFI (Electronic Fuel Injection) memberikan pembakaran bahan api yang lebih cekap, manakala transmisi C.V.T (Continuously Variable Transmission) memastikan perjalanan lebih lancar dalam pelbagai keadaan jalan raya.

Dimensi skuter ini mempunyai panjang keseluruhan 2,185mm, lebar 810mm dan tinggi
1,325mm, dengan jarak roda 1,510mm. Berat hanya 179kg, menjadikan Husky 300 mudah
dikendalikan untuk perjalanan di bandar mahupun jarak jauh. Dengan kapasiti tangki bahan
api 16 liter, ia membolehkan perjalanan lebih lama tanpa perlu kerap mengisi minyak. 

Untuk pencahayaan yang maksimum, skuter ini dilengkapi dengan lampu LED penuh,
termasuk lampu hadapan Projective LED berbentuk V yang terang, lampu belakang dan
lampu posisi hadapan. 


Suspensi teleskopik di hadapan dan dual shock di belakang memastikan kestabilan dan keselesaan semasa menunggang, manakala tayar hadapan
bersaiz 120/70-15 dan tayar belakang 140/70-14 memberikan cengkaman yang mantap di
permukaan jalan raya.


Selain itu, Husky 300 dilengkapi dengan ciri inovatif seperti Traction Control System (TCS)
untuk mengelakkan kegelinciran, sistem Anti-Lock Braking System (ABS) dwi-saluran untuk
keselamatan tambahan semasa brek kecemasan serta sistem kunci pintar (Smart Key) untuk
akses yang lebih mudah. Ciri tambahan seperti port pengecasan USB jenis-C dan jenis-A,
poket simpanan hadapan dan ruang simpanan belakang menambahkan lagi nilai praktikaliti
model ini.


Reka bentuk aerodinamiknya disempurnakan dengan air intake garnish, penghadang tangan
dan handlebar yang lebar turut menjadikan Husky 300 pilihan sempurna untuk penunggang
yang mengutamakan gaya dan kefungsiannya.
SYM Husky 300 kini boleh didapati di semua pengedar sah SYM di seluruh Malaysia. Setiap
pembelian disertakan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan
20,000km.












No comments: